Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Berita Baik Untuk Peminjam PTPTN?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Wahai peminjam-peminjam PTPTN sekalian, sedarkah kamu bahawa kamu sedang berhutang? Maka tunaikanlah hutangmu itu kerana pada masa sekarang ini ada insentif dari kerajaan untuk mereka-mereka yang nak bayar hutang PTPTN. Ayuh langsaikan hutang anda. Kalau cukup duitlah ye...huhu

Pagi tadi member aku hantar e-mail ke Google Group batch kitorang pasal insentif nie. Aku pun download lampiran-lampiran dia dengan penuh blur dan tak faham ayat yang dia pakai. Tapi ada tiga perkara laa jugak.

TIga perkara tersebut ialah :-

  1. insentif pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih dalam SSPN-i hingga RM6k
  2. diskaun 20% kpd peminjam/penerima biaya yang membuat penyelesaian hutang pinjaman/pembiayaan dalam tempoh 1 Okt 2012 - 30 Sept 2013
  3. diskaun 10% kpd peminjam/penerima biaya yg mmbuat ansuran bayaran balik pinjaman/pembiayaan PTPTN selama 12 bulan berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik mulai 1 Okt 2012.
Untuk perkara pertama merujuk kepada mana-mana ibu bapa yang ada akaun SSPN-i nie dapat dikenakan pengecualian cukai sebanyak RM6k, aku tak jelas jugak sebab nie istilah banking. Tapi setakat yang aku faham camtue laa ceritanya.


Yang kedua tue pulak siapa yang bayar full payment antara bulan Oktober tahun nie hingga September tahun depan akan menerima 20% rebat daripada hutang diorang. By means kalau korang hutang dalam RM70k, korang akan dapat diskaun sebanyak RM14k. Banyak jugak tue. Mungkin aku salah faham statement nie tapi setakat yang aku faham macam tue laa. Sekadar kiraan lebih kurang sebab kalau korang hutang RM70k kalau campur dengan kadar faedah 2.5% tue mungkin nilai hutang dah bertambah.

Bagi yang ketiga pulak bayaran ansuran selama 12 bulan berturut-turut akan dapat 10% rebat dari sudut bayaran. Kira bila campur-campur balik mungkin kurang sikit laa bayaran yang dikenakan.

Jadi, bagi yang dah mampu tue, boleh dah nak langsaikan hutang. Sementara dia bagi insentif nie baik ambil kesempatan. Huhu, mana tau tahun depan tak ada dah. Atau tak nak bayar jugak sebab kemungkinan tahun depan pinjaman nie dah lupus kira? Anda tentukan sendiri...^___^





www.tips-fb.com

Wednesday, October 3, 2012

Pro-M UIA sapu bersih 26 Kerusi

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Sejarah hari nie mencatatkan satu pilihan raya kampus semula (re-election) di UIAM. Banyak kontroversi timbul akibat isu nie. UIAM yang sedia terkenal menjadi makin terkenal dengan isu pilihan raya semula nie. Banyak kronologi-kronologi yang dah diceritakan. Boleh cari je kat tempat lain. Katanya, keputusan tak rasmi pilihanraya lepas menunjukkan Pro-Mahasiswa ataupun WUFI mendapat majoriti tapi tak disahkan sebab pilihanraya dibatalkan dan Timbalan Rektor mereka isytiharkan pilihanraya semula minggu ini.

Hari nie pilihanraya semula diadakan dengan cara yang manual. 8 tahun lepas, tercetus demonstrasi mahasiswa yang membantah sistem e-voting lalu dikenakan tindakan disiplin. Tapi kali nie, UIAM sendiri akur dengan kelemahan sistem e-voting lalu menggunakan kaedah manual untuk re-election nie.

Kejadian minggu lepas banyak membangkitkan kemarahan student, ye laa kalau aku pun tak larat nak kena pergi mengundi sekali lagi. Sekali undi cukup laa kan. Tapi sebab aku bukan student UIA, aku pun tak ada laa nak peduli sangat cuma ambil tahu sikit-sikit je laa.

Tau-tau malam nie keluar keputusan, Pro-Mahasiswa bolot bersih semua 26 kerusi yang dipertandingkan tak bagi satu pun kat Pro-Aspirasi. Ini memang sangat-sangat menunjukkan kesan kemarahan mahasiswa UIA terhadap pentadbiran UIA. Darah anak muda nie berkobar-kobar, jangan dicabar. Tapi berkobar-kobar nie pun perlu dikawal dan dijinakkan, kalau tak jadi rosak juga.

Utusan kata semua neutral...aku pun pening
Apa-apa pun tahniah pada Pro-Mahasiswa UIA atas kemenangan dalam PRK kali nie. Pro-Aspirasi tetap juga menang di majoriti kampus IPTA, cuma kalah di beberapa kampus besar seperti UM dan UKM.

Tahniah juga pada kawan-kawan sekolah aku yang masuk calon dan menang seperti Razif Fuad di USIM,  Azizi di USIM, Safwan di USIM, Anas di UIA, Aisyah Humayra' di UIA, Shukran di UKM, dan Dahlia Yusof di UM. Dah menang, kemenangan itu perlu diisi, isilah dengan perkara yang bermanfaat kepada manusia.


Wednesday, September 26, 2012

Lagi Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hari nie timbul lagi isu menghina Nabi Muhammad s.a.w. tapi bukan di US, berlaku kat Tanah Air kita Malaysia. Isu timbul bila ada orang buat print screen satu statement dari sorang mamat nie yang memang jelas dan nyata menghina bukan sekadar Nabi Muhammad tapi menghina Allah. Satu perbuatan yang cukup-cukup cari pasal orang Islam kat Malaysia.

statement beliau telah mencetuskan kemarahan umat Islam.
Tapi ceritanya, dalam hari nie jugak, owner Profile Facebook berkenaan keluarkan statement memohon maaf kepada semua orang atas status yang dikeluarkan. Katanya akaun facebook dia kena hack dan dia sendiri pun tak begitu gila nak memaki hamun umat Islam dekat negara yang majoriti umat Islam. Walaupun yang post status tue orang lain, dia tetap minta maaf pada semua atas isu yang berlaku dan katanya dia akan buang terus akaun facebook dia.

penjelasan semula oleh beliau dan statement mohon maaf.
Soalnya, kalau betul pun cerita dia, yang hack akaun dia nie laa yang perlu dicari. Sebab yang hack nie dengan beraninya hack akaun orang untuk elak diri dia dikesan. Kira anonymous jugak laa tapi memangsakan orang lain. Masalah sungguh. Yang nie seriously bagi aku kalau betul kerajaan daulatkan Islam, gunalah khidmat hackers-hackers nie untuk trace balik status tue dipost dari mana dan guna IP apa, mana tau boleh dapat tangkap orang yang sebenar post status tue. Kalau orang hina pemimpin negara kita boleh tangkap, orang hina agama rasmi negara lagi laa tiada komprominya.

Ingat nak ulas pasal PRK sbb baru sudah PRK, rupanya belum lagi sebab PRK kat UIA kena buat sekali lagi atas alasan technical problem :)


Tuesday, September 25, 2012

Cindy Lee Garcia Fail Kes Baru ke atas Penerbit Innocence of Muslims

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Cindy Lee Garcia
LOS ANGELES - Seorang aktres filem anti-Islam mahu memfailkan kes baru ke atas penerbit Innocence of Muslims di mahkamah persekutuan.

Cris Armenta, peguam Cindy Lee Garcia berkata, "hari ini kami akan menggugurkan kes di mahkamah peringkat negeri, tetapi kami akan memfailkan (kes baru) di mahkamah persekutuan."

"Anak guam saya ada tuntutan berkenaan hak cipta. Kami mahu tuntut perkara itu," katanya lagi.

Kesnya ke atas Google telah ditolak minggu lalu. Dia juga membawa kes ke atas penerbitnya.
Sudah, aktres filem tue sendiri dah failkan kes ke atas penerbit filem. Tambah pula orang letak 'bounty' dekat Sam Bacile atas perbuatan diorang. Aku dah agak dah, masa buat dia tak fikir kot apa kesan yang bakal berlaku. Sekarang, aku tak tau dia boleh bersenang-senang lagi atau tak. Rasanya boleh lagi sebab dia ditaja oleh Zionis Israel yang memang tengah bersuka-suka membantai dan menganiaya seluruh umat manusia sekarang.

Kau boleh terlepas kat dunia sekarang, kat akhirat nanti kau carilah lubang mana sekalipun kau tak akan terlepas daripada Allah.


Thursday, September 20, 2012

Kegagalan Jantung Kongestif Punca Kematian Hui Yi

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


BATU PAHAT: Laporan bedah siasat mendapati gadis yang menjalani dua pembedahan pemindahan jantung, Tee Hui Yi, 19, meninggal dunia akibat kegagalan jantung kongestif.

Bapa Hui Yi, Ah Soon, 57, berkata mereka tidak kisah jika tidak diberikan butiran penuh mengenai kematiannya kerana apa yang dinginkan semua ahli keluarga adalah diberi masa untuk meratapi pemergiannya.

"Adalah menyedihkan bahawa dia telah pergi terutamanya selepas mendapat peluang semula untuk hidup selepas menjalani pemindahan jantung," katanya di rumah pengurusan mayat di Jalan Fatimah di sini, Rabu.

Ah Soon dan ibu Hui Yi, Dina Bato Sam Bua, 52, berasa bersyukur kerana menerima ribuan panggilan telefon, mesej dan kunjungan saudara mara dan orang ramai yang prihatin ke majlis pengebumian anaknya.

"Saya terkejut melihat kehadiran orang ramai terutamanya pada malam Isnin," katanya.

Hui Yi yang selamat menjalani pembedahan pemindahan jantung pada 2007 mengadu sakit di bahagian dada dan belakang leher kira-kira pukul 7 pagi, Selasa sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Tubuhnya menjadi kaku sehingga menyebabkan kedua-dua ibu bapanya melakukan pernafasan mulut ke mulut tetapi tidak berjaya.

Dia disahkan meninggal sunia selepas dikejarkan ke Hopsital Batu Pahat kira-kira 10.02 pagi, Selasa.

Awal pagi Rabu, sekumpulan pegawai dari Institut Jantung Negara (IJN) turut memberikan penghormatan terakhir kepada Hui Yi.

Koordinator Transplan IJN, Sharifah Noraida Syed Nom, antara salah seorang jururawat yang menjaga dan melakukan pemeriksaan ke atas Hui Yi sepanjang pembedahan itu berkata, ramai rakan-rakannya sedih apabila mendengar berita kematian tersebut.

-mStar-

Siapa dia Hui Yi? Dialah yang mencipta sejarah orang yang membuat dua kali pemindahan organ. Pertama kali pembedahan berjaya tapi badan dia tolak organ tersebut. Kali kedua terus berjaya. Namun, tak ada siapa pun yang dapat melawan takdir dan ketetapan Tuhan. Bila tiba masa untuk kembali, maka akan kembalilah kita tak kurang dan tak terlebih walau sedetik

Sedih pulak aku baca berita nie.


Kantoi Curi Macbook Puteri Raja

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Mencuri tak beragak.
KOTA BHARU – Tindakan berani seorang pengawal istana mencuri komputer riba milik puteri raja Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Putri di ruang tamu Istana Mahkota Kubang Kerian di sini bulan lalu mengundang padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tengku Amalin, 29, merupakan adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mahadi Mahamad, 35, setelah lelaki itu mengaku bersalah mencuri komputer riba jenama Apple Macbook bernilai RM7,500.

“Mahkamah melihat bukan sahaja kepada barang yang kamu curi tetapi keberanian kamu menceroboh kawasan larangan untuk mencuri barang tersebut. Kamu sepatutnya menerima hukuman yang berat,” kata Mohd. Fazaly Ali.

Mohd. Fazaly Ali mengarahkan Mahadi menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 15 September lalu.

Mahadi dari Jalan Telipot di sini didakwa mencuri komputer riba berwarna putih itu dan satu alat pengecas milik Tengku Amalin yang berada dalam jagaan sepupunya, Tengku Noremilina Tengku Iskandar, 27, di istana tersebut. Kejadian itu berlaku antara pukul 12 tengah hari 29 Ogos lalu hingga pukul 2 pagi 30 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 13 September lalu, Tengku Noremilina membuat laporan polis selepas mendapati komputer riba milik Tengku Amalin yang diamanahkan kepadanya untuk dijaga dan diletakkan di bilik ruang tamu istana hilang.

Pada pukul 6 petang 15 September lalu, polis menangkap empat suspek termasuk tertuduh yang kemudian mengaku mencuri barangan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tengku Amalin pernah menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu antara tahun 2006 hingga 2009.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan itu kerana melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Melbourne, Australia dalam jurusan undang-undang.

p/s:- Kalau yang kena curi tue Macbook aku, mesti tak dapat tangkap pencuri dia.


Wednesday, September 19, 2012

Isu Nabi Dihina - Apa Peranan Kita

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Isu hina Nabi nie masih lagi hot sekarang. Banyak dah demonstrasi dan himpunan yang dibuat untuk membantah perbuatan Sam Bacile. Malah ada pengakuan daripada pelakon filem terbabit yang mengatakan bahawa asalnya skrip lain tapi telah dialih suara untuk menjadi begitu.

Benar kita rasa marah, namun atas dasar apa kita rasa marah? Aku tak sokong kita berdiam diri bila Nabi dihina begitu tapi aku tetap juga tak sokong apabila bantahan dibuat mengikut nafsu marah hingga membahayakan orang lain. Saidina Ali pun dalam peperangan bila diludah, dia tak jadi bunuh musuh sebab takut salah niat bunuh kerana rasa marah.

Antara babak dalam filem tersebut.
Jangan terperangkap dalam perencanaan musuh. Benda-benda macam nie yang kita panggil provokasi untuk menarik perhatian orang Islam supaya bertindak sebab mereka boleh baca yang umat Islam tak akan berdiam diri. Demo dah buat, jangan berhenti sampai di situ saja. Masa inilah untuk kita pula mempromosikan Islam lebih dari mempromosikan negara dan negeri. Promosikanlah keindahan Islam itu dari sudut penulisan, perbuatan dan pergaulan seharian kita.

Bila Islam kuat dipromosikan lebih dari semangat-semangat yang tak berunsurkan Islam, maka orang akan tertarik dengan Islam sekaligus menjadi sebab ramainya orang kembali kepada agama fitrah ini. Moga kita semua beroleh manfaat.

^_^
p/s:- terfikir juga kalau orang tolak hukum Allah, tak buat apa yang Nabi suruh buat tak dikira menghina Islam ke?

boleh tengok artikel panjang dari senior aku kat Mesir :-)


Friday, September 14, 2012

UPDATE, K-Fiqh Berpindah Tempat ke Auditorium Dewan MBSA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hasil professionalisme dan daya fikir untuk menyelesaikan masalah, program besar Konvensyen Fiqh yang asalnya dibuat di UIAM yang telah dibatalkan seperti dalam thread sebelum nie berpindah ke Shah Alam pula. Tahniah kepada penganjur yang bertindak pantas menyelesaikan kesulitan yang berlaku.

status di page Konvensyen Fiqh Ummah 2012
Bagi yang dah terlepas sebelum nie apa lagi, ramai-ramai laa pergi. :)


K-Fiqh Politik Islam Semasa Dibatalkan Pentadbiran UIAM?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Terus merujuk pada tajuk entry kali nie. Aku macam sedikit terkejut sebab program yang besar macam nie dan dapat sambutan yang sangat menggalakkan tapi dibatalkan macam tue saja. Program tak batal, tapi tempat untuk buat program tue dibatalkan pentadbiran UIAM pada saat akhir.

Kalau ikutkan aku pun macam berminat nak join program nie tapi sebab hujung minggu nie aku dah ada program lain yang aku nak pergi, tak dapat laa ikut serta. Lagipun aku dah terlepas tarikh pendaftaran dah. Hari tue ada orang nak jual tiket, ikutkan memang nak beli dah tapi tak dapat jugak sebab aku rasa program satu lagi nie pun penting untuk aku pergi.

Poster program dengan panel yang hebat-hebat belaka

Bagi aku, program macam nie patut lebih kerap dibuat bukan dibatalkan atas sebab-sebab yang merepek. Aku faham di peringkat universiti ada AUKU. Tapi takkan nak menyemai ilmu tentang politik pun tak dibenarkan? Adakah kita nak mahasiswa yang bakal memimpin negara nanti buta politik? Atau politik hanya boleh diuruskan oleh orang yang mengambil jurusan Sains Politik? Pelik sungguh.

petikan status di page program
Mula-mula aku macam dengar khabar angin je. Tapi bila cek sendiri dekat page k-fiqh nie memang betul laa apa yang aku dengar. Moga-moga pihak pentadbir UIAM berubah hati dan tukar semula keputusan membatalkan penggunaan Auditorium Utama UIAM. Program nie bukan program kampus semata-mata tapi program yang melibatkan ramai warga Malaysia.

Bayangkan ada sahabat aku yang sanggup datang nak menumpang rumah aku di KL sebab esoknya nak ke program K-Fiqh. Kalau tiba-tiba batal camnie, tak ke rugi duit dia? Sanggup tak pihak UIAM bayar ganti rugi atas kerugian rakyat yang bertungkus-lumus nak datang?


Thursday, September 13, 2012

Pembuat Filem Anti-Islam Sembunyikan Diri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tunjuk perasaan di hadapan kedutaan AS di Mesir
LOS ANGELES - Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang menyembunyikan diri.

Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mesir dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.

Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arab telah disiarkan di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak.

Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit. - AP

-Kosmo-

Islam adalah satu barah

Nak kata tak setuju pun tak boleh jugak. Barah tue sifatnya merebak. Bagus laa Islam merebak ke seluruh dunia. Moga ahli keluarga sang penghina Islam nie mendapat hidayah dan masuk Islam bagi dia tengok sendiri macam mana indahnya Islam. So aku ambil benda tue secara positif, Kau buatlah apa pun, kalau Allah kata Islam menang, kau tak boleh buat apa jugak, hukum Allah memang tak boleh lawan.

Bantu Israel?

Kalau kau tak bantu pun memang Israel dah kawal semua benda termasuk media. So apa yang kau buat nie sekadar membahayakan diri kau. Kau dalam ancaman sekarang, mungkin ahli keluarga kau pun diancam. Suka kau hidup dalam ancaman?

Tapi terima kasih jugak laa, sekurang-kurangnya kau bagi kami nampak ramai lagi orang Islam yang cintakan Islam dan kau mungkin jadi penyebab kawan-kawan kau yang bukan Islam masuk Islam sebab tindakan dungu kau.


Wednesday, September 12, 2012

Malaysia Tewas Persahabatan dengan Vietnam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Norshahrul Idlan Talaha diasak dua pemain Vietnam
REPUTASI selaku juara Piala AFF Suzuki 2010 dilihat seolah-olah hanya tinggal sejarah buat Harimau Malaya.
-Kosmo-
Haha, kecewa sangat kot Malaysia kalah sampai ulasan berita pun satu ayat je. Bagi aku benda nie biasa, memang ada pasang surut dalam bola sepak. Kalau sentiasa nak menang je, tak nikmat jugak. Sekali-sekala rasa kalah pun ok, perasaan menerima kekalahan nie dapat mendidik sebenarnya. Even team Malaysia yang sekarang nie pun walaupun dah banyak dapat kemenangan, sejarahnya dah lalui banyak kekalahan.

Thomas Edison pun orang cerita dia berjaya cipta lampu tapi lampu tue mampu dicipta lepas 999 kali gagal. Maknanya, Thomas Edison nampak 999 kesilapan dia buat masa buat lampu. Itu lebih mendidik daripada kau berjaya kali pertama dan seterusnya gagal tapi tak nampak apa kesilapan yang dibuat.

Patutnya, diorang ulas laa dengan ulasan yang bermotivasi sikit...huhu. Apa-apa pun tahniah jugak kat skuad Malaysia sebab at least diorang ada effort daripada tak ada langsung.

Selamanya Harimau Malaya ^_^


Tuesday, September 11, 2012

Psy Nak Jadi Artis Korea Terhebat di USA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Psy yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style
LOS ANGELES - Artis rap Korea Selatan, Psy kini popular di Amerika Syarikat (AS) ekoran video muzik lagunya Gangnam Style kini melepasi 130 juta tontonan di YouTube.

Klip video lagu berkenaan mula disiarkan di laman perkongsian video tersebut pada pertengahan Julai lalu.

Pada minggu ini, Psy meneruskan usahanya untuk mendominasi dunia dengan muzik pop Korea atau K-pop apabila satu klip video pendek mengenai Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang diterbitkan di AS.

Klip video berkenaan diterbitkan oleh Scooter Braun yang merupakan pengurus kepada bintang remaja popular, Justin Bieber.

Bercakap mengenai klip video tersebut, Braun berkata, mereka merancang untuk menjadikan Psy sebagai artis Korea Selatan pertama yang mencapai kejayaan besar di AS.

"Kami keluar bersama di California selama empat hari dengan saya dan Psy kini merupakan kawan," kata Braun dalam klip video berkenaan.

"Kami bersetuju untuk mencipta sejarah bersama-sama," tambahnya. - Agensi

-Kosmo-

Aku tak berani jamin laa dia boleh meletup kalau takat terkenal tiba-tiba dengan satu lagu. Tapi dia boleh cuba, cuma tak adalah jadi terhebat, kalau terhebat pun takat dapat banyak view macam Justin Bieber tapi orang ramai tak suka tak guna jugak. :)


Mayat Rentung Bersama Kereta

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Gambar hiasan
KLANG: Polis menemui satu mayat rentung dalam sebuah kereta yang musnah terbakar kira-kira 100 meter dari jalan utama berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Bukit Cherakah, Meru di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohd Shukor Sulong berkata, polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 7.15 malam sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata, mayat berkenaan ditemui di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Iswara dalam keadaan kaki ke atas dan kepala di bawah.

"Siasatan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Brickfields pada 10 Ogos lepas manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya di sini Isnin.

Mohd Shukor berkata, polis percaya mayat dan kereta itu telah terbakar kira-kira 10 jam sebelum ditemui.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara dan mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 2222 bagi membantu siasatan. -BERNAMA

-Sinar-
Macam-macam kes dah jadi sekarang, ada pulak yang memang menakutkan bila dengar. Baru-baru nie pun ada member aku yang kena pecah kereta hilang barang mahal-mahal. Berhati-hatilah di mana anda berada.


Sunday, September 9, 2012

75 Tahun Hidup Tanpa Kad Pengenalan


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Mak Cik Zainap yang menunggu untuk mendapatkan Kad Pengenalan pertamanya
SIDAM KIRI, Kedah – “Alhamdulillah, apa yang kami usahakan kini membuahkan hasil dan berjalan lancar. Sebagai adik ipar, saya tumpang gembira dengan apa yang telah dilakukan untuk kakak saya.
Demikian luahan Hamidah Said, 50, berhubung perkembangan proses permohonan Mykad, Zainap Isah, 75.
Zainap kini berada di bawah jagaan adik bongsunya, Wahab, 52 (suami Hamidah) di Kampung Banggol, Sidam Kiri.
Pada 4 Ogos lalu, seramai empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Alor Setar hadir ke rumah Wahab bagi membantu Zainap mendapatkan MyKad yang belum pernah dimilikinya sejak lahir.
Zainap yang juga orang kurang upaya (OKU) dan kini disahkan menghidap kanser rahim memerlukan dokumen pengenalan diri bagi membolehkan dia menerima rawatan selanjutnya dari hospital kerajaan.
Hamidah berkata, dia gembira dan bersyukur JPN berkunjung ke rumah mereka bagi menguruskan perkara berkenaan.
“Kami berdoa agar tidak lama lagi Zainap dapat memiliki kad pengenalan yang memudahkan urusan mendapatkan rawatan atau terapi sebagaimana yang disyorkan doktor terhadapnya,” katanya.
Menurutnya, segala persiapan dan perkara berkaitan yang diminta JPN sudah disediakan awal bagi memudahkan urusan JPN, malah katanya reaksi Zainap juga berbeza kerana dilihat terlalu gembira.
“Setelah diberitahu hendak buat kad pengenalan, Zainap begitu teruja. Begitu juga ketika bawa Zainap ke kedai foto dan diambil gambar, dia seronok kerana belum pernah mengalaminya sebelum ini,” katanya.
Menurut Hamidah, keluarga menyediakan perkara berkaitan termasuk foto Zainap dan beberapa saksi seperti diminta JPN serta mendoakan proses mendapatkan Mykad berjalan lancar.
Ibu saudara Zainap, Rokiah Wahab, 86, berkata, dia tumpang gembira apabila mendapat tahu urusan berkenaan berjalan lancar.
Menurutnya, dia berasa lega kerana sebelum ini sudah banyak usaha dilakukan untuk membuat kad pengenalan Zainap yang menemui jalan buntu, namun kali ini ia berhasil.
"Zaman dahulu mana sempat nak ke pejabat sana pejabat sini, jururawat pun tiada, sekiranya ada anak nak bersalin semuanya dilakukan di rumah. Sebab tak pernah dibawa ke hospital, jadi kad pengenalan pun dianggap tidak mustahak.
“Namun, pada masa kini kad pengenalan sangat penting untuk melakukan sebarang urusan termasuk mendapatkan rawatan, urusan surat-menyurat dan memohon bantuan, tambahan pula Zainap adalah OKU dan berhak menerima keistimewaan sepatutnya menjadi
haknya,” katanya.
Sumber: Sinar
Al-Bagani : Ayat post-morterm dari aku, "Macam mana boleh ada orang terlepas dari buat MyKad nie!!! Ada orang tak buat kerja ke? (baca dengan nada sinis)". Moga urusan Mak Cik Zainap dipermudahkan. 


Restoran Nasi Kandar Pertama Dapat Sijil Halal


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.


BUTTERWORTH - Semua 28 Restoran Nasi Kandar Pelita milik Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd di seluruh negara telah menerima sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak Jun lepas.
Pengerusinya Datuk Shamsuri Ahmad, berkata rangkaian restorannya mencipta sejarah apabila 28 restoran nasi kandar mereka menjadi yang pertama mendapat sijil berkenaan dan ia memberi keyakinan kepada pelanggan untuk menjamu selera.
Beliau berkata lebih 200 bahan termasuk rempah ratus yang diguna restoran mereka turut mendapat sijil halal.
“Kami menjangkakan perniagaan akan  meningkat kerana pelanggan lebih yakin berikutan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim diiktiraf dunia.
“Malah, saya yakin pelanggan juga akan lebih selesa untuk menjamu selera di restoran milik kami apabila melihat adanya sijil halal Jakim ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, di sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 1,000 orang kurang upaya, anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin menerima bantuan berupa barangan keperluan dan duit raya.
Shamsuri berkata, pihaknya memperuntukkan RM100,000 untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, K.K Sihabutheen, berkata pihaknya merancang untuk membuka sebuah restoran nasi kandar Pelita di Cyberjaya menjelang Januari depan.
“Selain di Cyberjaya, kami juga merancang untuk membuka sekurang-kurangnya dua restoran nasi kandar pada tahun hadapan iaitu di selatan dan Lembah Klang. Lokasinya masih di peringkat perbincangan,” katanya. - Bernama
sumber : Sinar

p/s:- Erk, restoran nasi kandar pertama? Biar betik? Dah tue restoran nasi kandar lain kat Malaysia nie takkan tak ada pengiktirafan halal kot? Muntah darah aku macam nie.


Saturday, September 8, 2012

Mahkamah kekal perintah ke atas Noor Afizal

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Noor Afizal Azizan


PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.
Beliau berkata, Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes tersebut.
"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Keadilan di sini semalam.
Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.
-Kosmo-

Sekarang nie orang banyak jadikan isu kes nie kenapa orang yang dikatakan merogol anak orang dibebaskan dengan syarat berkelakuan baik tapi orang yang buat kesalahan yang lebih kecil daripada itu diberi hukuman yang lebih berat. Hanya kerana dia ada kedudukan, mampu memberi keuntungan kepada negara, mengapa perlu dilayan begitu sedangkan manusia nie semuanya sama saja.

Pening sungguh dengan dunia sekarang nie. Takut kalau Allah turun bala kat negara kita sebab melepaskan orang bersalah dan menangkap orang yang baik, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Untuk si pesalah yang dah diringankan hukumannya, harap dapat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Allah jadikan apa yang berlaku nie untuk kau ambik peluang untuk berubah. Kalau kau tak berubah & kekal dengan perangai lama. Aku tak tau nak kata apa dah.


Friday, September 7, 2012

Suami Belasah Isteri Hamil 2 Bulan Tampil Beri Penjelasan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Video ini telah mengundang berbagai reaksi dari penonton YouTube.
IPOH - Selepas pelbagai spekulasi dikaitkan dengan penyebaran kes pukul membabitkan Amanda Fong Kim Yen, 19, di laman sesawang Youtube, akhirnya suami kepada wanita itu, Calven Chik Foo Keong, 26, tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut di sebuah portal berita Rabu lalu.

Foo Keong berkata, sudah lama dia melihat perubahan isterinya sehingga menyebabkan dia hilang kawalan dan memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran mulut dengan wanita berkenaan.

Katanya, akibat penyebaran video itu sejak tiga hari lalu , puluhan ribu pengguna internet mencemuh dan memarahi tindakannya.

"Sebenarnya, saya menyesal kerana memukul dia (Kim Yen) sehingga cedera dan menyedari ia adalah satu kesilapan yang tidak patut berlaku," katanya yang dipetik portal berita berkenaan.

Dia juga mengambil pendekatan untuk bercerita panjang kerana tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung kes pergaduhan mereka berdua.

Dia tampil memberitahu cerita di pihaknya supaya orang ramai tidak mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja.

Katanya, masalah mula timbul apabila isterinya mampu membelanjakan wang yang banyak dan membeli segala barangan berjenama memandangkan dia berasal dari keluarga sederhana.

"Disebabkan terlalu banyak perkara dirahsiakan daripada pengetahuan saya, menyebabkan hubungan kami semakin tidak sehaluan," katanya.

sidang media dengan peguam
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan lelaki berkenaan terhadap setiap kenyataan yang disiarkan dalam artikel di protal berita itu.

Sebelum ini, akhbar memaparkan kisah penyebaran klip video Kim Yen dibelasah Foo Keong sekitar 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan itu.

Mangsa kemudian memuat turun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu menerusi Youtube sehingga menarik perhatian lebih 500,000 pelayar internet.

Klip yang bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ menunjukkan bagaimana mangsa yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya.

Kejadian dilapor berlaku sekitar 4.30 petang, 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian diusahakan oleh pasangan terbabit di Ipoh Garden South, dekat sini.
-Sinar-

Kalau dah macam nie punya keruh hubungannya, bercerai sajalah. Isteri hamil dua bulan pun sanggup pukul lepas tue menyesal. Lepas nie apa pula? Bunuh? Tak mustahil tue. Alahai dunia akhir zaman.


Thursday, September 6, 2012

Bantulah Adik Amyra Walaupun Sedikit

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera.


Mohon kepada pembaca blog nie (termasuk aku sekali) untuk menyumbang sekiranya berkemampuan walaupun hanya RM1 atau setidak-tidaknya sumbangan doa kepada adik Amyra Balqis yang bertarung dengan penyakit yang dihidapi sekarang. Adik Amyra diuji Allah dengan kanser darah dan kayap ular. Dua-dua penyakit yang mengancam nyawanya. Moga ibu dan ayahnya tabah, sabar dan terus berdoa kepada Allah untuk memudahkan urusan mereka.

Detail sumbangan :-
IBU MYRA : HERNA BINTI SELAMAT
MAYBANK : 112054047075
CIMB: 1601-0020617-52-6
FB IBU MYRA : https://www.facebook.com/missherna

Semoga Allah menyembuhkan penyakit adik Amyra dan terus hidup untuk menjadi orang hebat di bumi Allah. amin...


Kerana Duit Kemalangan Dibiarkan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Van duit malang yang terbalik dalam perjalanan
PADA tengah malam sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-55, di KM 426.7 Lebuhraya Utara Selatan menuju ke arah Utara berhampiran laluan keluar Bukit Beruntung, Hulu Selangor, sebuah van yang membawa berkampit wang syiling telah terbabas selepas sebuah tayar belakangnya meletup.

Ekoran daripada kemalangan itu, habis bertaburan wang syiling di sepanjang tepian lebuh raya berkenaan.

Khabarnya, jumlah wang syiling yang dibawa oleh van itu adalah sekitar RM36,000...banyak tu!

Dan sepertimana biasa, rakyat Malaysia yang prihatin bukan sahaja memperlahan dan memberhentikan kenderaan mereka untuk menyaksikan apa yang berlaku tetapi turut serta dalam pesta mengutip wang syiling yang bertaburan di atas lebuh raya.

Malangnya, mereka mengutip wang syiling itu bukan untuk menyerahkannya kembali kepada orang yang bertanggungjawab membawa van berkenaan tetapi untuk dimasukkan ke dalam saku sendiri.

Mereka melakukannya tanpa sedikit pun peduli yang wang itu bukanlah milik mereka, orang yang berada di dalam van yang terlibat dalam kemalangan itu mungkin tercedera dan memerlukan bantuan.
Manusia perihatin tapi kutip duit masuk poket sendiri
Bayangkan betapa halobanya orang ramai yang berhenti untuk mengutip wang syiling berkenaan sehinggakan pengawal keselamatan yang terdiri daripada krew van yang membawa wang syiling tersebut tidak dapat menghalang mereka daripada meneruskan niat tersebut dan hanya sekadar mampu memerhatikan ketamakkan rakyat Malaysia yang dikatakan prihatin ini.

Penulis tertanya-tanya, apakah ini wajah buruk di sebalik rakyat Malaysia yang prihatin atau ia adalah sebahagian daripada sifat semulajadi manusia iaitu tamak, haloba, pentingkan diri sendiri dan lupa diri.
sumber: mStar

Baru je dalam entry sebelum nie betapa rakyat Malaysia masih ada pemikiran kelas ketiga. Sekali ronda-ronda website, aku boleh jumpa benda nie daripada kolumnis mStar Online. Sangat-sangat mendukacitakan baca berita macam nie. Konon perihatin tapi bila nampak duit semua gelap mata.


Kes Buluh Tusuk Kepala Anak, Tiada Siapa Mengaku


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Jenazah Muhammad Alias yang meninggal akibat kecuaian penduduk setempat.

JOHOR BAHRU – “Saya terkilan kerana sehingga kini tiada sesiapa tampil mengaku bertanggungjawab menyebabkan kematian anak saya.”
Demikian luahan rasa kecewa Che Samad Che Omar, bapa kepada Muhammad Alias, kanak-kanak berusia empat tahun yang mati kelmarin selepas kepalanya tertusuk batang buluh penyidai pakaian di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini Ahad lalu.
Menurut Che Samad, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
“Kecuaian ini tidak harus berulang kerana ia melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pengebumian Muhammad Alias di sini semalam.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif di sini pukul 2 petang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.
Katanya, lelaki berusia 34 tahun itu yang juga jiran mangsa telah mengaku sebagai pemilik buluh terbabit.

Sangat tak faham sikap manusia yang tidak mengutamakan keselamatan orang lain. Memang kita nak memudahkan urusan kita tapi kalau sampai campak sofa, buluh dari atas rumah tue kan bahaya. Biasa dengar orang campak barang dari atas kawasan perumahan terkena kereta orang. Kereta boleh hantar kedai. Nie bila melibatkan nyawa orang tak ke kita dapat dosa percuma.

Malaysia tak boleh tiru cara mengurus negara dari negara-negara maju seperti UK dan US selagi rakyatnya mempunyai pemikiran dan sikap negara kelas ketiga.