Thursday, September 6, 2012

Kerana Duit Kemalangan Dibiarkan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Van duit malang yang terbalik dalam perjalanan
PADA tengah malam sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-55, di KM 426.7 Lebuhraya Utara Selatan menuju ke arah Utara berhampiran laluan keluar Bukit Beruntung, Hulu Selangor, sebuah van yang membawa berkampit wang syiling telah terbabas selepas sebuah tayar belakangnya meletup.

Ekoran daripada kemalangan itu, habis bertaburan wang syiling di sepanjang tepian lebuh raya berkenaan.

Khabarnya, jumlah wang syiling yang dibawa oleh van itu adalah sekitar RM36,000...banyak tu!

Dan sepertimana biasa, rakyat Malaysia yang prihatin bukan sahaja memperlahan dan memberhentikan kenderaan mereka untuk menyaksikan apa yang berlaku tetapi turut serta dalam pesta mengutip wang syiling yang bertaburan di atas lebuh raya.

Malangnya, mereka mengutip wang syiling itu bukan untuk menyerahkannya kembali kepada orang yang bertanggungjawab membawa van berkenaan tetapi untuk dimasukkan ke dalam saku sendiri.

Mereka melakukannya tanpa sedikit pun peduli yang wang itu bukanlah milik mereka, orang yang berada di dalam van yang terlibat dalam kemalangan itu mungkin tercedera dan memerlukan bantuan.
Manusia perihatin tapi kutip duit masuk poket sendiri
Bayangkan betapa halobanya orang ramai yang berhenti untuk mengutip wang syiling berkenaan sehinggakan pengawal keselamatan yang terdiri daripada krew van yang membawa wang syiling tersebut tidak dapat menghalang mereka daripada meneruskan niat tersebut dan hanya sekadar mampu memerhatikan ketamakkan rakyat Malaysia yang dikatakan prihatin ini.

Penulis tertanya-tanya, apakah ini wajah buruk di sebalik rakyat Malaysia yang prihatin atau ia adalah sebahagian daripada sifat semulajadi manusia iaitu tamak, haloba, pentingkan diri sendiri dan lupa diri.
sumber: mStar

Baru je dalam entry sebelum nie betapa rakyat Malaysia masih ada pemikiran kelas ketiga. Sekali ronda-ronda website, aku boleh jumpa benda nie daripada kolumnis mStar Online. Sangat-sangat mendukacitakan baca berita macam nie. Konon perihatin tapi bila nampak duit semua gelap mata.




www.tips-fb.com

No comments :