Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.
Mata aku tak boleh nak pejam sebab hari nie lidah terasa lagi air nenas yang memang kaw2 nenas. Aku beli jus nenas F&N yang dalam tin tue, apa ke jenama aku tak ingat tapi dia ada air anggur yang campur dengan nata de coco dalam tin tue laa. Ingatkan sedap sekali masam nak mampus. Aku beli Red Bull nak buat tahan mengantuk pun tak jadi. Minum air tue je hilang terus mengantuk sebab masam sangat...lulz.
air nie serious masam nak mampus...T.T |
So seminggu dua nie budak-budak kat kampus aku tengah musim periksa. Semoga berjaya laa korang ye. Tapi kalau tak dapat jawab tue tak payah laa rasa dunia nie dah kiamat, renung-renungkan balik apa yang korang kurang untuk semester kali nie. Semester depan cover balik bagi elok. Jangan ulangi kesilapan yang lepas sudah laa. Apa-apa pun tips untuk berjaya nie salah satunya jangan stress dengan kegagalan kita.
tak perlu frust kalau tak dapat jawab, benda dah berlalu pun...cuma jangan diulang lagi kesilapan yang sama |
Carilah kawan yang boleh tolong kita dalam hal-hal akademik dan sebagainya. Tak pun kita berbincang @ ajar kawan kita supaya kita pun boleh jadi lebih faham. Jangan sampai tak study langsung. Study sehari sebelum periksa pun berkesan jugak kalau kita boleh study smart laa kan. Kalau tak, baik mula dari awal.
hulurkan bantuan, ringankan beban...moga bebanan kita juga menjadi ringan |
Haha, itulah jua pesanan hujung periksa dari orang yang tengah intern. Tak ada laa pandai mana pun tapi saja laa nak kongsi-kongsi sikit...hehe
Kepada yang nak intern bulan 10 nie, selamat datang ke dunia pekerjaan sementara.
Mode: Masih letih travel jauh. Jumaat ke Johor, Sabtu balik KL, Ahad balik Perak, Isnin balik KL balik...Selasa masuk kerja....adios
1 comment :
Produk Justea kot.. sebab kalau anggur yg ada nata de coco yg aku tau cuma justea je haha xD
Post a Comment