Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
IPOH - Selepas pelbagai spekulasi dikaitkan dengan penyebaran kes pukul membabitkan Amanda Fong Kim Yen, 19, di laman sesawang Youtube, akhirnya suami kepada wanita itu, Calven Chik Foo Keong, 26, tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut di sebuah portal berita Rabu lalu.
Video ini telah mengundang berbagai reaksi dari penonton YouTube.
Foo Keong berkata, sudah lama dia melihat perubahan isterinya sehingga menyebabkan dia hilang kawalan dan memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran mulut dengan wanita berkenaan.
Katanya, akibat penyebaran video itu sejak tiga hari lalu , puluhan ribu pengguna internet mencemuh dan memarahi tindakannya.
"Sebenarnya, saya menyesal kerana memukul dia (Kim Yen) sehingga cedera dan menyedari ia adalah satu kesilapan yang tidak patut berlaku," katanya yang dipetik portal berita berkenaan.
Dia juga mengambil pendekatan untuk bercerita panjang kerana tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung kes pergaduhan mereka berdua.
Dia tampil memberitahu cerita di pihaknya supaya orang ramai tidak mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja.
Katanya, masalah mula timbul apabila isterinya mampu membelanjakan wang yang banyak dan membeli segala barangan berjenama memandangkan dia berasal dari keluarga sederhana.
"Disebabkan terlalu banyak perkara dirahsiakan daripada pengetahuan saya, menyebabkan hubungan kami semakin tidak sehaluan," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan lelaki berkenaan terhadap setiap kenyataan yang disiarkan dalam artikel di protal berita itu.
sidang media dengan peguam
Sebelum ini, akhbar memaparkan kisah penyebaran klip video Kim Yen dibelasah Foo Keong sekitar 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan itu.
Mangsa kemudian memuat turun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu menerusi Youtube sehingga menarik perhatian lebih 500,000 pelayar internet.
Klip yang bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ menunjukkan bagaimana mangsa yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya.
Kejadian dilapor berlaku sekitar 4.30 petang, 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian diusahakan oleh pasangan terbabit di Ipoh Garden South, dekat sini.
-Sinar-
Kalau dah macam nie punya keruh hubungannya, bercerai sajalah. Isteri hamil dua bulan pun sanggup pukul lepas tue menyesal. Lepas nie apa pula? Bunuh? Tak mustahil tue. Alahai dunia akhir zaman.
No comments :
Post a Comment