Friday, September 14, 2012

UPDATE, K-Fiqh Berpindah Tempat ke Auditorium Dewan MBSA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hasil professionalisme dan daya fikir untuk menyelesaikan masalah, program besar Konvensyen Fiqh yang asalnya dibuat di UIAM yang telah dibatalkan seperti dalam thread sebelum nie berpindah ke Shah Alam pula. Tahniah kepada penganjur yang bertindak pantas menyelesaikan kesulitan yang berlaku.

status di page Konvensyen Fiqh Ummah 2012
Bagi yang dah terlepas sebelum nie apa lagi, ramai-ramai laa pergi. :)




www.tips-fb.com

K-Fiqh Politik Islam Semasa Dibatalkan Pentadbiran UIAM?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Terus merujuk pada tajuk entry kali nie. Aku macam sedikit terkejut sebab program yang besar macam nie dan dapat sambutan yang sangat menggalakkan tapi dibatalkan macam tue saja. Program tak batal, tapi tempat untuk buat program tue dibatalkan pentadbiran UIAM pada saat akhir.

Kalau ikutkan aku pun macam berminat nak join program nie tapi sebab hujung minggu nie aku dah ada program lain yang aku nak pergi, tak dapat laa ikut serta. Lagipun aku dah terlepas tarikh pendaftaran dah. Hari tue ada orang nak jual tiket, ikutkan memang nak beli dah tapi tak dapat jugak sebab aku rasa program satu lagi nie pun penting untuk aku pergi.

Poster program dengan panel yang hebat-hebat belaka

Bagi aku, program macam nie patut lebih kerap dibuat bukan dibatalkan atas sebab-sebab yang merepek. Aku faham di peringkat universiti ada AUKU. Tapi takkan nak menyemai ilmu tentang politik pun tak dibenarkan? Adakah kita nak mahasiswa yang bakal memimpin negara nanti buta politik? Atau politik hanya boleh diuruskan oleh orang yang mengambil jurusan Sains Politik? Pelik sungguh.

petikan status di page program
Mula-mula aku macam dengar khabar angin je. Tapi bila cek sendiri dekat page k-fiqh nie memang betul laa apa yang aku dengar. Moga-moga pihak pentadbir UIAM berubah hati dan tukar semula keputusan membatalkan penggunaan Auditorium Utama UIAM. Program nie bukan program kampus semata-mata tapi program yang melibatkan ramai warga Malaysia.

Bayangkan ada sahabat aku yang sanggup datang nak menumpang rumah aku di KL sebab esoknya nak ke program K-Fiqh. Kalau tiba-tiba batal camnie, tak ke rugi duit dia? Sanggup tak pihak UIAM bayar ganti rugi atas kerugian rakyat yang bertungkus-lumus nak datang?


Thursday, September 13, 2012

Cerita, Gambar Hantu...Seramnya

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pernah tak korang tertangkap gambar hantu? Ada yang pernah dan ada yang tak. Ada jugak yang cakap gambar-gambar hantu yang diambil dan sebagainya nie palsu dan edit segala bagai. Yang tue semua aku tak amik peduli sangat. Tapi apa yang menariknya kita amik gambar hantu? Tak menarik pun. Sama jugak dengan cerita hantu. Ada yang suka tengok or baca cerita hantu? Apa yang seronok?

Dikatakan ada hantu di belakang gadis yang bernama Suzy nie ..betul ke?
Hantu nie ape? Macam mana kita boleh nampak? Kita gelarkan makhluk Allah nie dengan nama hantu tapi hakikatnya semua tue adalah jelmaan jin dan syaitan untuk mengganggu manusia.

Aku tak suka tengok cerita hantu sebab aku tau kalau aku tengok nanti mula laa kepala otak aku pikir benda tue. Bila dah mula fikir nanti melarat pulak sampai tak boleh nak tidur. Kena pulak tiba-tiba nak kena pergi tandas sorang-sorang waktu malam. Tue antara sebab kenapa aku tak nak tengok. Aku tak nak kepala otak aku didoktrin dengan benda-benda macam nie.

Berhati-hati bila tengok cerita hantu sebab takut-takut boleh jejaskan akidah. Bukan apa, cerita hantu kan seram. Bila tambah banyak-banyak unsur thriller lagi perit kepala otak. Bila kita tengok, secara tak langsung minda kita didoktrin dengan perasaan takut bila jumpa hantu sedangkan benda yang patut kita lebih takut adalah Allah bukan hantu. Kadang-kadang kita nie lebih-lebih takut hantu tapi bila buat dosa tak pernah takut Allah. Benda nie yang menjejaskan pemikiran kita sebenarnya.

Aku tak larang bagi sape-sape yang memang penggemar cerita seram, tengoklah tapi jangan merosakkan pemikiran sendiri. Aku memang tak nak tengok sebab aku tak suka. Tapi kalau dah tertengok, apa boleh buat, layan sajalah kan, kena pulak plot cerita dia menarik.

cerita Karak nie diadaptasi dari cerita-cerita mulut orang yang terkenal berkenaan tempat tersebut.



Jalan-Jalan Cari Makan - Little Penang Kafe

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Penuh perut aku hari nie...hahaha

Jalan-jalan cari makan hari nie kami makan kat restoran Little Penang Kafe dekat Level 4, Suria KLCC. Bagi yang berminat sila booking tempat dulu. Kami tadi pun sangat luck sebab ada satu meja yang patutnya dah reserved tapi mungkin orang yang reserve tue cancel request dia. Dapat laa duduk walaupun baru sampai. Kira dalam 2-3 minit je duduk dah perasan orang beratur panjang gila kat luar sebab nak makan kat situ. Bukan nak kata kedai nie feymes tapi bila tengok orang beratur camtue memang nampak macam feymes jugak.

Menu yang dia offer pun ok jugak tapi ada jugak menu yang aku sendiri pun tak pernah dengar. Kata Little Penang, kurang-kurang aku tau jugak laa makanan orang Penang nie kan. Kami pergi berlima, 3 sudah berkahwin 2 masih bujang (termasuk aku).

Makan aku order menu biasa saja, setakat home fried chicken. Yang lain ada yang order Char Koey Teow dengan Curry Mee (terjemahan: Mee Kari). Air aku amik Soya Cincau je. Lepas main course, side dishes pulak kami order. Masa nie laa kami tempah Rojak, Lorbok, Ju Hu Char dengan Cendol. Sedapnya boleh tahan jugak laa walaupun Ju Hu Char nie nampak macam agak kurang menyelerakan tapi boleh tahan jugak sedapnya. Cendol dia aku puas hati. Kalau tak puas hati, memang rugi je extra RM5.00 nak bayar dalam bil.

Home Fried Chicken
Cendol
Ju Hu Char
Lor Bak
Rojak
Soya Cincau
 Fuh, sebab orang belanja aku, harga pun aku tak tau laa kan. Tapi for sure lebih dari RM100 laa kan..hehehe.



Budak Zaman Sekarang

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Semalam, lepas balik kerja perut aku berkeroncong sket sebab lapar. Sampai je kat Wangsamaju aku singgah dekat satu kedai nie nak makan. Kerap jugak aku makan kat kedai tue. Makan pun menu sama je.

Cuma semalam masa aku makan tue aku ada nampak satu group budak-budak sekolah datang makan kat kedai nie. Ikutkan biar je laa diorang nak makan kan, apa aku kisah. Aku makan je laa buat tak layan. Time nak basuh tangan tue baru aku perasan tempat diorang nie berasap. Bukan sikit, banyak nak mampos. Yang datang dah ramai, lepas tue semua merokok plak. Padahal bila aku tengok balik diorang nie memang budak lagi, kalau sekolah menengah tue baru form 2 kot, paling tua aku teka form 3, muda sangat-sangat.

Memang kalau tengok budak-budak merokok sekarang nie bukan benda pelik pun. Memang tak pelik sebab kita doktrinkan kepala kita betapa benda tue tak pelik. Bila aku tengok, aku terfikir macam mana masa depan budak-budak nie. Bukan nak kata perokok tak berjaya dalam hidup tapi diorang dah memendekkan jangka hayat diorang. Muda belia lagi kot, macam mana boleh dapat stok pun aku tak tau.

gambar hiasan.
Kalau yang dah tua-tua merokok nie, aku faham dah diorang memang susah nak berhenti. Ada yang nak berhenti tapi ambik masa laa. Nie muda-muda kuat merokok, memang banyak laa kesan buruk. Sebenarnya tak nampak macho pun korang merokok. Korang nak tunjuk power dekat sekolah pun sekejap-sekejap je. Dah habis sekolah, start nak sambung belajar or cari kerja, masa tue hidup korang akan berubah secara total. Masa tue korang nak menyesal pun dah tak guna dah.

Satu lagi masa nak balik tue aku nampak bas sekolah lalu angkut budak sekolah balik. Tengok nampak clear dah budak sekolah rendah. Yang nie lagi aku pening kepala. Aku pun tak faham apa motif diorang kat dalam bas tue tunjuk isyarat jari tengah naik ke atas lepas tue jerit "F**k" dekat orang ramai kat area Setapak tue.

Nak kata tempat tue ramai cina pun macam tak logik jugak. Nampak sangat diorang rasa dengan buat macam tue diorang rasa diorang nie raja dalam dunia. Pengaruh movie sungguh...huhu. Tapi terfikir jugak aku, kecik-kecik dah macam nie nanti dah besar tak tau laa macam mana.


Pembuat Filem Anti-Islam Sembunyikan Diri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tunjuk perasaan di hadapan kedutaan AS di Mesir
LOS ANGELES - Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang menyembunyikan diri.

Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mesir dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.

Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arab telah disiarkan di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak.

Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit. - AP

-Kosmo-

Islam adalah satu barah

Nak kata tak setuju pun tak boleh jugak. Barah tue sifatnya merebak. Bagus laa Islam merebak ke seluruh dunia. Moga ahli keluarga sang penghina Islam nie mendapat hidayah dan masuk Islam bagi dia tengok sendiri macam mana indahnya Islam. So aku ambil benda tue secara positif, Kau buatlah apa pun, kalau Allah kata Islam menang, kau tak boleh buat apa jugak, hukum Allah memang tak boleh lawan.

Bantu Israel?

Kalau kau tak bantu pun memang Israel dah kawal semua benda termasuk media. So apa yang kau buat nie sekadar membahayakan diri kau. Kau dalam ancaman sekarang, mungkin ahli keluarga kau pun diancam. Suka kau hidup dalam ancaman?

Tapi terima kasih jugak laa, sekurang-kurangnya kau bagi kami nampak ramai lagi orang Islam yang cintakan Islam dan kau mungkin jadi penyebab kawan-kawan kau yang bukan Islam masuk Islam sebab tindakan dungu kau.


Wednesday, September 12, 2012

Experience Asia – Exciting prizes with Hilton and CNNGo

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Ada satu request dari cousin aku untuk tolong dia dalam contest dia. Sepupu aku nie suka travel, so contest nie pun memang untuk melancong jugak laa..huhu. Nama contest dia adalah seperti yang tertera pada tajuk iaitu "Experience Asia – Exciting prizes with Hilton and CNNGo".

Aku rasa contest nie international jugak sebab bukan orang Malaysia je yang hantar video untuk menang hadiah nie. Jadi, cousin aku nie adalah salah seorang warga Malaysia yang masuk dalam contest nie. Kalau nak menang, macam biasa trend sekarang adalah untuk dapatkan like paling banyak dan banyak juga yang share di twitter. Kalau sampai jadi trending lagi bagus...huhu.

Korang boleh jugak vote video nie kat You Tube.

Cara untuk korang vote sangat mudah.

1. Masuk ke website contest tersebut di 

2. Korang cari video yang cousin aku dah buat
Tajuk videonya Love for Travel - A Story
3. Klik pada video yang korang dah jumpa, sila tonton, like dan share kat twitter korang. Kalau rajin, nak promote link video kat facebook lagi bagus dan sangat-sangat dihargai.
4. Kalau nak terus ke link dengan video tersebut boleh klik sini.

Untuk pengetahuan korang jugak, cousin aku pun blogger jugak. Cuma blog dia tak adalah macam blog aku nih. Blog dia lebih kepada info tentang pelancongan dan sebagainya. Dah boleh jadi pegawai sektor pelancongan dah nie..huhu. Nama blog cousin aku nih Reality Check: The Air We Breathe

Jadi, undi korang sangat-sangat dihargai dan jom kita menangkan orang Malaysia...Selamanya Harimau Malaya...aummmm (walaupun baru kalah dengan Vietnam).


Stress? Rileks Aje

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Korang selalu stress? Apa yang korang buat kalau korang stress? Makan? Tidur?

Aku kalau stress, biasanya aku makan (so jangan hairan saiz badan aku besar). Kalau tak pun aku tidur je. Tipu laa kalau kata diri kita tak pernah stress. Orang yang sentiasa positif macam Dr. Muhaya pun mesti pernah stress jugak kan. Apa yang penting, sama ada kita layan tekanan perasaan kita sampai jadi gila atau kita tangani stress kita dengan cara yang betul.

stress ketika bekerja? aturlah masa dan kerja dengan baik.
Kalau ikut hadis Nabi, bila kita rasa marah ambil wudhu' dan solat. Insya-Allah reda sikit kemarahan kita. Reda kemarahan nie maksudnya reda jugak laa stress kita. Ada juga riwayat menyebut kalau marah dalam keadaan berdiri, kita duduk untuk kurangkan kemarahan, kalau duduk, kita baring untuk kurangkan kemarahan. Ini apa yang Nabi ajar dan boleh untuk kita amalkan. Allah pun sebut dalam Quran, untuk menenangkan jiwa, selalulah berzikir. Insya-Allah tips-tips nie sangat berkesan untuk diamalkan.

Tapi kena tahu juga, bila tengah stress nie, apa yang menyebabkan kita jadi stress? Takkan tiba-tiba nak jadi stress. Mesti ada sebab kan. Masa stress tue, buatlah aktiviti-aktiviti yang menyenangkan hati. Letak ketepi dulu masalah-masalah yang ada dan buat sesuatu untuk mengembalikan emosi kita pada paras normal. Takut silap masa kalau dilayan juga stress, kita boleh jadi gila. Tak memasal masuk hospital bahagia.

Aku suka quote nie...:)
Antara aktiviti lain untuk mengurangkan stress :-
  1. Bertafakur
  2. Menjerit
  3. Ketawa
  4. Menangis
  5. Senaman
  6. Muzik
Kalau stress anda masih tidak berkurangan, sila berjumpa dengan kaunselor berhampiran.

p/s:- dalam stress ada istilah distress dan eustress, nak faham sila rujuk blog nie (Blessing in Disguise) sebab aku malas nak taip panjang-panjang...hehe.


Malaysia Tewas Persahabatan dengan Vietnam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Norshahrul Idlan Talaha diasak dua pemain Vietnam
REPUTASI selaku juara Piala AFF Suzuki 2010 dilihat seolah-olah hanya tinggal sejarah buat Harimau Malaya.
-Kosmo-
Haha, kecewa sangat kot Malaysia kalah sampai ulasan berita pun satu ayat je. Bagi aku benda nie biasa, memang ada pasang surut dalam bola sepak. Kalau sentiasa nak menang je, tak nikmat jugak. Sekali-sekala rasa kalah pun ok, perasaan menerima kekalahan nie dapat mendidik sebenarnya. Even team Malaysia yang sekarang nie pun walaupun dah banyak dapat kemenangan, sejarahnya dah lalui banyak kekalahan.

Thomas Edison pun orang cerita dia berjaya cipta lampu tapi lampu tue mampu dicipta lepas 999 kali gagal. Maknanya, Thomas Edison nampak 999 kesilapan dia buat masa buat lampu. Itu lebih mendidik daripada kau berjaya kali pertama dan seterusnya gagal tapi tak nampak apa kesilapan yang dibuat.

Patutnya, diorang ulas laa dengan ulasan yang bermotivasi sikit...huhu. Apa-apa pun tahniah jugak kat skuad Malaysia sebab at least diorang ada effort daripada tak ada langsung.

Selamanya Harimau Malaya ^_^


Tuesday, September 11, 2012

Nak Sihat? Jom Berbekam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Malam semalam aku dengan roomate aku pergi berbekam. Member aku dah pernah buat sebelum nie, aku first time try bekam so macam ada sikit-sikit cuak jugak laa. Kalau kat kampus sebelum nie pun ramai member aku dah buat bekam nie cuma aku tak sampai seru nak cuba. Tapi semalam, aku pergi jugak laa cuba sekali tengok apa rasa. Yang member aku pulak, beria nak buat bekam kat kepala...hehe

So semalam kitorang pergi bekam dekat area Setapak, spesifik dekat Aura Care, 2-3-2, Jalan Megan Setapak 1. Pandai-pandai laa cari ye. Tapi abang yang buat bekam nie sebelum kitorang mula, dia terang kat kitorang apa dia bekam, actually bekam nie satu sunnah Nabi. Memang ada riwayat yang Nabi menggalakkan kita berbekam untuk kesihatan kita sebab bekam nie boleh buang angin dengan darah kotor dalam badan. Kira macam buang toksin jugak laa.

Bekam nie tak ambil masa lama pun, dia cuma akan cari vital point (aku tengok dia buat scanning kat badan) lepas tue dia akan letak alat yang nak sedut darah ngan angin dalam badan. Masa nak keluarkan darah tue, memang kena cucuk sikit laa. Tak sakit pun, rasa geli macam kita main stapler ada laa. Tapi sebelum dia cucuk tue dia akan tengok dulu kat mana tempat paling banyak darah kotor. Macam aku ngan member aku sama-sama tempat kotor dekat belah kiri pinggang. Dia cakap kami kurang minum air, dia suruh kami banyak-banyak minum air untuk cuci pinggang dengan perut campur sekali segala usus.

Kalau hitam macam nie tandanya banyak darah kotor laa tue...

Masa nie dia akan sedut darah dan kalau perasan nampak berkuap, tue menunjukkan angin pun keluar sekali...
Kebaikan berbekam
  1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan, masalah dengkur dan sistem perkumuhan.
  3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
  7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
  9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Ada orang lebih suka mengurut daripada berbekam. Dua-dua bagus dan ada kebaikannya tapi mengurut, ada risiko untuk terputus urat saraf kalau salah buat dan urut nie boleh pecahkan angin dalam badan. Tapi kalau berbekam, tak ada risiko urat saraf terputus dan dia terus buang angin daripada memecahkan angin. Tambah pula, amalan berbekam nie merupakan satu sunnah. Tapi tak ada masalah pun kalau korang nak buat mana pun, ikut keselesaan diri saja.



pencarian 20 blog baru untuk di preview by mohd rizwan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Saja terasa nak cuba benda nie. Tak pernah buat pun. Nie first time. Newbie laa katakan :)

Wan Retis

Kenapa aku nak dipreview?
Alang-alang ada orang preview, dapat laa jugak bertambah viewer blog aku dan ramai laa yang akan dapat baca apa aku nak sampaikan. Sharing is caring bak kata orang jawa (eh betul ke jawa). Aku tak expect banyak benda sangat pun. hehe...

Komen sket blog Wan Retis nie, aku baru first time jugak terserempak blog nie. Tapi nampak laa keretisan beliau. Dan sangat-sangat terserlah viewer dia lagi banyak dari aku. huhu

p/s: mula terasa blog aku nie tersangat simple dengan tak ada header + background solid hitam...huhu


Psy Nak Jadi Artis Korea Terhebat di USA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Psy yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style
LOS ANGELES - Artis rap Korea Selatan, Psy kini popular di Amerika Syarikat (AS) ekoran video muzik lagunya Gangnam Style kini melepasi 130 juta tontonan di YouTube.

Klip video lagu berkenaan mula disiarkan di laman perkongsian video tersebut pada pertengahan Julai lalu.

Pada minggu ini, Psy meneruskan usahanya untuk mendominasi dunia dengan muzik pop Korea atau K-pop apabila satu klip video pendek mengenai Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang diterbitkan di AS.

Klip video berkenaan diterbitkan oleh Scooter Braun yang merupakan pengurus kepada bintang remaja popular, Justin Bieber.

Bercakap mengenai klip video tersebut, Braun berkata, mereka merancang untuk menjadikan Psy sebagai artis Korea Selatan pertama yang mencapai kejayaan besar di AS.

"Kami keluar bersama di California selama empat hari dengan saya dan Psy kini merupakan kawan," kata Braun dalam klip video berkenaan.

"Kami bersetuju untuk mencipta sejarah bersama-sama," tambahnya. - Agensi

-Kosmo-

Aku tak berani jamin laa dia boleh meletup kalau takat terkenal tiba-tiba dengan satu lagu. Tapi dia boleh cuba, cuma tak adalah jadi terhebat, kalau terhebat pun takat dapat banyak view macam Justin Bieber tapi orang ramai tak suka tak guna jugak. :)


Mayat Rentung Bersama Kereta

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Gambar hiasan
KLANG: Polis menemui satu mayat rentung dalam sebuah kereta yang musnah terbakar kira-kira 100 meter dari jalan utama berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Bukit Cherakah, Meru di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohd Shukor Sulong berkata, polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 7.15 malam sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata, mayat berkenaan ditemui di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Iswara dalam keadaan kaki ke atas dan kepala di bawah.

"Siasatan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Brickfields pada 10 Ogos lepas manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya di sini Isnin.

Mohd Shukor berkata, polis percaya mayat dan kereta itu telah terbakar kira-kira 10 jam sebelum ditemui.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara dan mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 2222 bagi membantu siasatan. -BERNAMA

-Sinar-
Macam-macam kes dah jadi sekarang, ada pulak yang memang menakutkan bila dengar. Baru-baru nie pun ada member aku yang kena pecah kereta hilang barang mahal-mahal. Berhati-hatilah di mana anda berada.


[Video] Band Rumah Sewa LOL

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

dalam ramai-ramai tue sume noob melainkan sorang :)
Kalau semalam aku post entry pasal rumah aku yang dah jadi studio. Semalam jugak, kami rakamkan jamming kami yang memang haru dan kelam-kabut. Maklumlah, dalam ramai-ramai kat rumah tue, berapa kerat je yang pandai main alat muzik. Aku pun memang sangat-sangat tak pandai...hehehe.


Amacam...ok tak...hehehe


Sunday, September 9, 2012

75 Tahun Hidup Tanpa Kad Pengenalan


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Mak Cik Zainap yang menunggu untuk mendapatkan Kad Pengenalan pertamanya
SIDAM KIRI, Kedah – “Alhamdulillah, apa yang kami usahakan kini membuahkan hasil dan berjalan lancar. Sebagai adik ipar, saya tumpang gembira dengan apa yang telah dilakukan untuk kakak saya.
Demikian luahan Hamidah Said, 50, berhubung perkembangan proses permohonan Mykad, Zainap Isah, 75.
Zainap kini berada di bawah jagaan adik bongsunya, Wahab, 52 (suami Hamidah) di Kampung Banggol, Sidam Kiri.
Pada 4 Ogos lalu, seramai empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Alor Setar hadir ke rumah Wahab bagi membantu Zainap mendapatkan MyKad yang belum pernah dimilikinya sejak lahir.
Zainap yang juga orang kurang upaya (OKU) dan kini disahkan menghidap kanser rahim memerlukan dokumen pengenalan diri bagi membolehkan dia menerima rawatan selanjutnya dari hospital kerajaan.
Hamidah berkata, dia gembira dan bersyukur JPN berkunjung ke rumah mereka bagi menguruskan perkara berkenaan.
“Kami berdoa agar tidak lama lagi Zainap dapat memiliki kad pengenalan yang memudahkan urusan mendapatkan rawatan atau terapi sebagaimana yang disyorkan doktor terhadapnya,” katanya.
Menurutnya, segala persiapan dan perkara berkaitan yang diminta JPN sudah disediakan awal bagi memudahkan urusan JPN, malah katanya reaksi Zainap juga berbeza kerana dilihat terlalu gembira.
“Setelah diberitahu hendak buat kad pengenalan, Zainap begitu teruja. Begitu juga ketika bawa Zainap ke kedai foto dan diambil gambar, dia seronok kerana belum pernah mengalaminya sebelum ini,” katanya.
Menurut Hamidah, keluarga menyediakan perkara berkaitan termasuk foto Zainap dan beberapa saksi seperti diminta JPN serta mendoakan proses mendapatkan Mykad berjalan lancar.
Ibu saudara Zainap, Rokiah Wahab, 86, berkata, dia tumpang gembira apabila mendapat tahu urusan berkenaan berjalan lancar.
Menurutnya, dia berasa lega kerana sebelum ini sudah banyak usaha dilakukan untuk membuat kad pengenalan Zainap yang menemui jalan buntu, namun kali ini ia berhasil.
"Zaman dahulu mana sempat nak ke pejabat sana pejabat sini, jururawat pun tiada, sekiranya ada anak nak bersalin semuanya dilakukan di rumah. Sebab tak pernah dibawa ke hospital, jadi kad pengenalan pun dianggap tidak mustahak.
“Namun, pada masa kini kad pengenalan sangat penting untuk melakukan sebarang urusan termasuk mendapatkan rawatan, urusan surat-menyurat dan memohon bantuan, tambahan pula Zainap adalah OKU dan berhak menerima keistimewaan sepatutnya menjadi
haknya,” katanya.
Sumber: Sinar
Al-Bagani : Ayat post-morterm dari aku, "Macam mana boleh ada orang terlepas dari buat MyKad nie!!! Ada orang tak buat kerja ke? (baca dengan nada sinis)". Moga urusan Mak Cik Zainap dipermudahkan. 


Studio Mini di Rumah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Korang minat muzik tak?

Mesti ada yang minat kan. Aku tak adalah hardcore dalam muzik nie tapi dalam rumah aku yang serba kecil tapi mahal nie, aku ditakdirkan sebilik dengan makhluk Allah yang sukakan muzik. Jadi wujudlah studio mini dekat rumah sewa kami yang didiami oleh 8 budak praktikal yang memang tengah kerja tapi malamnya serupa tak ada kerja.

koleksi alat muzik di bilik aku
Di malam yang hening lepas balik dari berjalan-jalan dari program rumah terbuka, kami sempat jugak buat sesi jamming sekali. Siap ada tetamu jemputan lagi. Mohon maaf diucapkan kepada jiran-jiran sebelah rumah kalau hari nie rumah kami bising lebih dari biasa, selalunya kami senyap sunyi je kan...kan..kan.

sesi jamming...:)

Raihan pernah kata:-

Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah.


Restoran Nasi Kandar Pertama Dapat Sijil Halal


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.


BUTTERWORTH - Semua 28 Restoran Nasi Kandar Pelita milik Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd di seluruh negara telah menerima sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak Jun lepas.
Pengerusinya Datuk Shamsuri Ahmad, berkata rangkaian restorannya mencipta sejarah apabila 28 restoran nasi kandar mereka menjadi yang pertama mendapat sijil berkenaan dan ia memberi keyakinan kepada pelanggan untuk menjamu selera.
Beliau berkata lebih 200 bahan termasuk rempah ratus yang diguna restoran mereka turut mendapat sijil halal.
“Kami menjangkakan perniagaan akan  meningkat kerana pelanggan lebih yakin berikutan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim diiktiraf dunia.
“Malah, saya yakin pelanggan juga akan lebih selesa untuk menjamu selera di restoran milik kami apabila melihat adanya sijil halal Jakim ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, di sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 1,000 orang kurang upaya, anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin menerima bantuan berupa barangan keperluan dan duit raya.
Shamsuri berkata, pihaknya memperuntukkan RM100,000 untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, K.K Sihabutheen, berkata pihaknya merancang untuk membuka sebuah restoran nasi kandar Pelita di Cyberjaya menjelang Januari depan.
“Selain di Cyberjaya, kami juga merancang untuk membuka sekurang-kurangnya dua restoran nasi kandar pada tahun hadapan iaitu di selatan dan Lembah Klang. Lokasinya masih di peringkat perbincangan,” katanya. - Bernama
sumber : Sinar

p/s:- Erk, restoran nasi kandar pertama? Biar betik? Dah tue restoran nasi kandar lain kat Malaysia nie takkan tak ada pengiktirafan halal kot? Muntah darah aku macam nie.