Tuesday, September 11, 2012

Mayat Rentung Bersama Kereta

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Gambar hiasan
KLANG: Polis menemui satu mayat rentung dalam sebuah kereta yang musnah terbakar kira-kira 100 meter dari jalan utama berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Bukit Cherakah, Meru di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohd Shukor Sulong berkata, polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 7.15 malam sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata, mayat berkenaan ditemui di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Iswara dalam keadaan kaki ke atas dan kepala di bawah.

"Siasatan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Brickfields pada 10 Ogos lepas manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya di sini Isnin.

Mohd Shukor berkata, polis percaya mayat dan kereta itu telah terbakar kira-kira 10 jam sebelum ditemui.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara dan mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 2222 bagi membantu siasatan. -BERNAMA

-Sinar-
Macam-macam kes dah jadi sekarang, ada pulak yang memang menakutkan bila dengar. Baru-baru nie pun ada member aku yang kena pecah kereta hilang barang mahal-mahal. Berhati-hatilah di mana anda berada.




www.tips-fb.com

2 comments :

zairy said...

Tapi yang pelik rekod jenayah tahunan yang PDRM kumpul tahun demi tahun semakin berkurangan.Pelik...pelik..

Arif Albagani said...

macam mana boleh turun pun aku tak tau...mungkin betul turun tapi yang duk ada nie pakai cara yang lagi unik dengan pelik...bahaya sungguh dunia skang...undang-undang pun tak cukup kebal..