Showing posts with label Celaka. Show all posts
Showing posts with label Celaka. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Cindy Lee Garcia Fail Kes Baru ke atas Penerbit Innocence of Muslims

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Cindy Lee Garcia
LOS ANGELES - Seorang aktres filem anti-Islam mahu memfailkan kes baru ke atas penerbit Innocence of Muslims di mahkamah persekutuan.

Cris Armenta, peguam Cindy Lee Garcia berkata, "hari ini kami akan menggugurkan kes di mahkamah peringkat negeri, tetapi kami akan memfailkan (kes baru) di mahkamah persekutuan."

"Anak guam saya ada tuntutan berkenaan hak cipta. Kami mahu tuntut perkara itu," katanya lagi.

Kesnya ke atas Google telah ditolak minggu lalu. Dia juga membawa kes ke atas penerbitnya.
Sudah, aktres filem tue sendiri dah failkan kes ke atas penerbit filem. Tambah pula orang letak 'bounty' dekat Sam Bacile atas perbuatan diorang. Aku dah agak dah, masa buat dia tak fikir kot apa kesan yang bakal berlaku. Sekarang, aku tak tau dia boleh bersenang-senang lagi atau tak. Rasanya boleh lagi sebab dia ditaja oleh Zionis Israel yang memang tengah bersuka-suka membantai dan menganiaya seluruh umat manusia sekarang.

Kau boleh terlepas kat dunia sekarang, kat akhirat nanti kau carilah lubang mana sekalipun kau tak akan terlepas daripada Allah.




www.tips-fb.com

Thursday, September 13, 2012

Pembuat Filem Anti-Islam Sembunyikan Diri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tunjuk perasaan di hadapan kedutaan AS di Mesir
LOS ANGELES - Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang menyembunyikan diri.

Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mesir dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.

Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arab telah disiarkan di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak.

Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit. - AP

-Kosmo-

Islam adalah satu barah

Nak kata tak setuju pun tak boleh jugak. Barah tue sifatnya merebak. Bagus laa Islam merebak ke seluruh dunia. Moga ahli keluarga sang penghina Islam nie mendapat hidayah dan masuk Islam bagi dia tengok sendiri macam mana indahnya Islam. So aku ambil benda tue secara positif, Kau buatlah apa pun, kalau Allah kata Islam menang, kau tak boleh buat apa jugak, hukum Allah memang tak boleh lawan.

Bantu Israel?

Kalau kau tak bantu pun memang Israel dah kawal semua benda termasuk media. So apa yang kau buat nie sekadar membahayakan diri kau. Kau dalam ancaman sekarang, mungkin ahli keluarga kau pun diancam. Suka kau hidup dalam ancaman?

Tapi terima kasih jugak laa, sekurang-kurangnya kau bagi kami nampak ramai lagi orang Islam yang cintakan Islam dan kau mungkin jadi penyebab kawan-kawan kau yang bukan Islam masuk Islam sebab tindakan dungu kau.


Tuesday, September 11, 2012

Mayat Rentung Bersama Kereta

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Gambar hiasan
KLANG: Polis menemui satu mayat rentung dalam sebuah kereta yang musnah terbakar kira-kira 100 meter dari jalan utama berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Bukit Cherakah, Meru di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohd Shukor Sulong berkata, polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 7.15 malam sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata, mayat berkenaan ditemui di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Iswara dalam keadaan kaki ke atas dan kepala di bawah.

"Siasatan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Brickfields pada 10 Ogos lepas manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya di sini Isnin.

Mohd Shukor berkata, polis percaya mayat dan kereta itu telah terbakar kira-kira 10 jam sebelum ditemui.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara dan mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 2222 bagi membantu siasatan. -BERNAMA

-Sinar-
Macam-macam kes dah jadi sekarang, ada pulak yang memang menakutkan bila dengar. Baru-baru nie pun ada member aku yang kena pecah kereta hilang barang mahal-mahal. Berhati-hatilah di mana anda berada.


Friday, September 7, 2012

Suami Belasah Isteri Hamil 2 Bulan Tampil Beri Penjelasan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Video ini telah mengundang berbagai reaksi dari penonton YouTube.
IPOH - Selepas pelbagai spekulasi dikaitkan dengan penyebaran kes pukul membabitkan Amanda Fong Kim Yen, 19, di laman sesawang Youtube, akhirnya suami kepada wanita itu, Calven Chik Foo Keong, 26, tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut di sebuah portal berita Rabu lalu.

Foo Keong berkata, sudah lama dia melihat perubahan isterinya sehingga menyebabkan dia hilang kawalan dan memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran mulut dengan wanita berkenaan.

Katanya, akibat penyebaran video itu sejak tiga hari lalu , puluhan ribu pengguna internet mencemuh dan memarahi tindakannya.

"Sebenarnya, saya menyesal kerana memukul dia (Kim Yen) sehingga cedera dan menyedari ia adalah satu kesilapan yang tidak patut berlaku," katanya yang dipetik portal berita berkenaan.

Dia juga mengambil pendekatan untuk bercerita panjang kerana tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung kes pergaduhan mereka berdua.

Dia tampil memberitahu cerita di pihaknya supaya orang ramai tidak mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja.

Katanya, masalah mula timbul apabila isterinya mampu membelanjakan wang yang banyak dan membeli segala barangan berjenama memandangkan dia berasal dari keluarga sederhana.

"Disebabkan terlalu banyak perkara dirahsiakan daripada pengetahuan saya, menyebabkan hubungan kami semakin tidak sehaluan," katanya.

sidang media dengan peguam
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan lelaki berkenaan terhadap setiap kenyataan yang disiarkan dalam artikel di protal berita itu.

Sebelum ini, akhbar memaparkan kisah penyebaran klip video Kim Yen dibelasah Foo Keong sekitar 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan itu.

Mangsa kemudian memuat turun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu menerusi Youtube sehingga menarik perhatian lebih 500,000 pelayar internet.

Klip yang bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ menunjukkan bagaimana mangsa yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya.

Kejadian dilapor berlaku sekitar 4.30 petang, 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian diusahakan oleh pasangan terbabit di Ipoh Garden South, dekat sini.
-Sinar-

Kalau dah macam nie punya keruh hubungannya, bercerai sajalah. Isteri hamil dua bulan pun sanggup pukul lepas tue menyesal. Lepas nie apa pula? Bunuh? Tak mustahil tue. Alahai dunia akhir zaman.


Thursday, September 6, 2012

Kes Buluh Tusuk Kepala Anak, Tiada Siapa Mengaku


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Jenazah Muhammad Alias yang meninggal akibat kecuaian penduduk setempat.

JOHOR BAHRU – “Saya terkilan kerana sehingga kini tiada sesiapa tampil mengaku bertanggungjawab menyebabkan kematian anak saya.”
Demikian luahan rasa kecewa Che Samad Che Omar, bapa kepada Muhammad Alias, kanak-kanak berusia empat tahun yang mati kelmarin selepas kepalanya tertusuk batang buluh penyidai pakaian di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini Ahad lalu.
Menurut Che Samad, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
“Kecuaian ini tidak harus berulang kerana ia melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pengebumian Muhammad Alias di sini semalam.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif di sini pukul 2 petang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.
Katanya, lelaki berusia 34 tahun itu yang juga jiran mangsa telah mengaku sebagai pemilik buluh terbabit.

Sangat tak faham sikap manusia yang tidak mengutamakan keselamatan orang lain. Memang kita nak memudahkan urusan kita tapi kalau sampai campak sofa, buluh dari atas rumah tue kan bahaya. Biasa dengar orang campak barang dari atas kawasan perumahan terkena kereta orang. Kereta boleh hantar kedai. Nie bila melibatkan nyawa orang tak ke kita dapat dosa percuma.

Malaysia tak boleh tiru cara mengurus negara dari negara-negara maju seperti UK dan US selagi rakyatnya mempunyai pemikiran dan sikap negara kelas ketiga.



Wednesday, August 29, 2012

RAKYAT KEJAM!! Penyamun Berani Mati

Assalamualaikum wbt

Terkejut tengok satu video di youtube yang tunjuk adegan samun motosikal. Kejadian berlaku dalam bulan puasa baru-baru nie. Kalau ikut video katanya jadi masa 10 Ogos 2012, dah dekat nak raya dah nie masa nie. Kejadian berlaku kat Hentian Rehat Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE).


Bila aku tengok video nie, dua benda aku tak puas hati sama macam orang lain yang tengok video nie aku rasa. 

1. Aku bengang dengan penyamun yang selamba samun motor mamat tue.
2. Aku bengang dengan orang yang kat tempat kejadian tapi tak buat apa-apa.

Habis-habis kalau tak tau apa berlaku pun orang tengah bergaduh tue, kalau tak berani redakan panggil laa polis, bunyikan siren atau jerit kat diorang. Nie tak buat apa-apa, datang tengok je. Dah motor mamat tue kena curi baru nak pergi tanya apa jadi. Kalau aku jadi mangsa pun aku rasa nak maki diorang, tadi tak nak tolong lepas tue buat-buat baik tanya keadaan.


Apa-apa pun takziah kepada mangsa yang menjadi mangsa keadaan. Aku rasa bro tue tak baca blog aku tapi aku pesan kat bro nie, ko orang yang teraniaya, doa orang yang teraniaya nie Allah makbul. Doakanlah supaya Allah bagi keadilan pada ko. Mungkin apa yang jadi kat ko masa tue sebagai kifarah dosa untuk ko. Sabarlah dengan ujian dunia nie.

Untuk yang menyamun tue, baik korang ingat Allah banyak-banyak dan cari orang yang korang samun tue kalau korang dah rasa nak insaf. Dosa korang dengan Allah mencuri mungkin Allah boleh ampunkan tapi dosa korang dengan mangsa, selagi dia tak ampunkan korang tetap berdosa. Korang rasa seronok berjaya curi motor dia tapi ingat, seronok kat dunia nie kejap je. Aku rasa, kat dunia nie pun korang tak akan hidup bahagia.


[Renungan] Pool Party - Bikini Wars

Assalamualaikum wbt.

Cuba korang tengok gambar nie. Bagi yang duduk dekat area berdekatan mungkin ada nampak kot poster nie kat mana-mana kalau ada.


Tepuk dahi aku tengok gambar nie. Aku pun tak tau macam mana event macam nie boleh lepas kat Malaysia yang katanya negara Islam nie. Tak salah nak berhibur tapi biarlah jaga batas-batasnya. Mungkin diorang nak buka untuk yang bukan Muslim tapi negara nie negara majmuk, ada pelbagai kaum dan orang Islam pun ramai. Penganjur yang buat diorang mungkin tak kisah benda-benda macam nie tapi aku hairan benda macam nie boleh lepas dari pihak berkuasa.

Kalau pihak berkuasa terlepas pandang, minta untuk pandang dan jangan benarkan program macam nie berlaku. Kalau tak, kita dah pun membantu menambahkan bilangan anak luar nikah dan kes khalwat dalam statistik gejala sosial negara kita.