Thursday, September 13, 2012

Pembuat Filem Anti-Islam Sembunyikan Diri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Tunjuk perasaan di hadapan kedutaan AS di Mesir
LOS ANGELES - Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang menyembunyikan diri.

Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mesir dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.

Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arab telah disiarkan di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak.

Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit. - AP

-Kosmo-

Islam adalah satu barah

Nak kata tak setuju pun tak boleh jugak. Barah tue sifatnya merebak. Bagus laa Islam merebak ke seluruh dunia. Moga ahli keluarga sang penghina Islam nie mendapat hidayah dan masuk Islam bagi dia tengok sendiri macam mana indahnya Islam. So aku ambil benda tue secara positif, Kau buatlah apa pun, kalau Allah kata Islam menang, kau tak boleh buat apa jugak, hukum Allah memang tak boleh lawan.

Bantu Israel?

Kalau kau tak bantu pun memang Israel dah kawal semua benda termasuk media. So apa yang kau buat nie sekadar membahayakan diri kau. Kau dalam ancaman sekarang, mungkin ahli keluarga kau pun diancam. Suka kau hidup dalam ancaman?

Tapi terima kasih jugak laa, sekurang-kurangnya kau bagi kami nampak ramai lagi orang Islam yang cintakan Islam dan kau mungkin jadi penyebab kawan-kawan kau yang bukan Islam masuk Islam sebab tindakan dungu kau.




www.tips-fb.com

2 comments :

Everything's Everythings said...

Astagfirullah.. teruknya mereka ni,
ap la mereka ni sakit hati sgt dgn Nabi Muhammad SAW walhal berjumpa dgnnya pun xpernah..

Unknown said...

sakit hati tue dah satu hal....sampai nak hina agama orang tue dah cite lain plak, nampak sangat risau dgn kehebatan Islam...

tp tue laa, mcm budak2 lagi orang kutuk, lagi orang larang, lagi kita buat