Friday, August 31, 2012

Google Nak Sambut Merdeka ke-55 Jugak

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 Tanah Melayu. Malaysia kena tunggu Malaysia day 16 September nie pulak. Dengar cerita ramai berkumpul dekat Dataran Merdeka & Dataran DBKL hari nie. Alhamdulillah, sambutan aman.

Dalam kita seronok sambut merdeka, perlu ingat juga, merdeka nie bukan sekadar sambutan percikan bunga api dan sebagainya. Merdeka itu sendiri menandakan bebasnya kita dari cengkaman penjajah dari segala sudut sama ada penjajahan fizikal mahupun pemikiran. Eh, penjajahan pemikiran? Kita dah merdeka ke dari penjajahan pemikiran? Entahlah.

Kemerdekaan bukan sekadar untuk disambut tapi diisi dengan segala macam kebaikan dan kemakmuran.

Dan yang menarik, Google pun tak terlepas nak sambut Merdeka. :)

kalau buka Google.com pun dapat gambar yang sama juga :)





www.tips-fb.com

Thursday, August 30, 2012

[Video] 10 Tahun Sebelum Merdeka

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dalam mood Merdeka 'Janji Ditepati' malam nie, aku teringat lecturer Malaysian Studies aku pulak. Bukan ingat sebab apa, masa dalam kelas dulu ada satu kelas dia tayang video 10 Tahun sebelum Merdeka. Video nie dah lama dah ada kat You Tube, tahun 2007 lagi dah ada. Tapi video nie buat aku nampak macam mana orang dulu nak dapatkan kemerdekaan dari British, rupanya gagasan satu bangsa nie dah lama wujud sejak sebelum Merdeka lagi. 

Selamat Menonton :)

p/s:- Video nie panjang sikit, kalau nak tengok part by part search je kat You Tube.

Selamat menyambut kemerdekaan :)

Dataran Merdeka :)



Polis kata Janji Demokrasi Menyalahi Undang-Undang

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Kenyataan Polis mengenai Perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi
Polis menetapkan perhimpunan "Janji Demokrasi" di Dataran Merdeka malam ini bertentangan dengan undang-undang negara. 
Anggota jawantankuasa penganjur Maria Chin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. 
Alasan yang diberikan kepada penganjur: 
(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi.
(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.
(3) Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. 
Sementara itu, polis Bukit Aman turut memuatkan pesan di Facebook supaya orang ramai yang berkumpul di Dataran untuk meraikan ambang merdeka mematuhi undang-undang dan menjaga tingkah laku.
sumber dari: http://www.malaysiakini.com/news/207530 

Komen aku, tak perlu pun nak kata menyalahi undang-undang. Semua orang yang ke Dataran Merdeka malam nie nak sambut merdeka, tak perlu laa untuk minta kebenaran kalau nak berkumpul ramai-ramai. Bukannya ada orang nak pergi buat kecoh pun. Aku tak nampak celah mana yang dia akan menggugat sambutan Merdeka kali nie.

Statement dah keluar dah pun, so sape yang pergi malam nie? Katanya himpunan nie diteruskan jugak.


[Tips] Unique View dan Pageview

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Blogger otai dan orang-orang yang power bab SEO mesti dah biasa dan pakar dalam hal nie. Jadi, aku mewakili orang yang masih baru dalam arena blog nie (baru ke?) nak kongsi jugak laa pasal unique view dan pageview nie.

Mula-mula kita kenalkan apa itu unique views dan apa itu pageviews.

Unique Views
Unique views nie merujuk kepada berapa ramai orang yang lawat web/blog korang. Bagi setiap pelawat akan dikira satu unique view setiap kali dia masuk. Maknanya, IP dia akan direkod dalam data dan kalau IP yang sama masuk ke web/blog korang, unique view tak akan bertambah. Jadi kalau contoh unique view korang sebanyak 300 view, itu menunjukkan ada 300 orang yang berbeza yang masuk dalam web/blog korang.

Pageviews
Pageviews nie pulak merujuk kepada berapa kali orang masuk web/blog korang. Berbeza dengan unique views, setiap kali orang masuk akan dikira satu view walaupun orang yang sama. Macam yang ada dalam dashboard Blogger yang baru sekarang, korang boleh tengok pageviews blog korang. Bagi aku dashboard yang baru sekarang nie sangat memudahkan dan ada lagi banyak kelebihan berbanding sebelum nie Tambahan pulak dia sangat membantu orang-orang yang masih baru dalam blogging.

contoh pageview dari dashboard, boleh tengok setiap entry ada berapa pageview yang korang dapat.

Unique Views vs Pageviews
Adalah sangat logik kalau pageviews korang sentiasa lebih dari unique views. Kalau korang faham definisi dua-dua benda nie, korang akan nampak logiknya. Sebab UV kira sekali je untuk satu IP tapi PV akan kira selagi mana ada orang masuk ke web/blog korang.

Contoh kalau korang ada UV yang sama dengan PV macam 300 UV dan 300 PV, ini bukan satu petanda yang bagus sebab boleh nampak orang tak tertarik dengan web/blog korang. Nie menunjukkan setiap orang cuma bukak blog korang sekali saja dan tak bukak dah lepas tue.

Kalau PV lebih dari UV contohnya ada 10 PV dengan 3 UV. Memang nampak sikit tapi dengan 3 pelawat berbeza diorang bukak web korang sampai jadi 10 PV. Maknanya diorang tak sekadar tengok satu page kat blog korang tapi ad buka page-page yang lain. Ini menunjukkan pelawat berminat untuk terus melawat blog korang walaupun sebagai silent reader.

Penting sangat ke tengok UV dan PV?
Penting kalau korang nak tambah trafik ke blog korang. Kalau korang tak tengok, korang cuma akan syok sendiri yang blog korang nie ada orang masuk padahal tak ada visit pun. Ini akan merugikan korang jugak. Sape nak buat blog tapi tak harap orang baca, baik pergi buat diari je kalau macam tue.

Korang boleh juga guna hitstat untuk tengok trafik di blog korang.




[Ringkas] Gambar Baby Lelaki Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Khabar gembira diterima Ustaz Azhar Idrus yang dapat baby baru. Anak lelaki katanya. Comel saja aku tengok anak kecil tue. Moga dia mewarisi kehebatan bapanya. Bapak borek anak rintik...:)

comel :)
p/s: Kakak sulung aku pun baru masuk hospital tunggu nak deliver baby sulung dia, moga dipermudahkan segala-galanaya...excited nak dapat anak saudara. Anak sepupu dah ramai dah, nie dalam family sendiri. :)

source: 


Wednesday, August 29, 2012

Kisah Samsung Troll Apple

Assalamualaikum wbt

Kat office tadi aku dah gelak besar bila baca pasal Samsung troll Apple. Ceritanya Samsung bayar Apple 1 billion dengan 30 truck penuh dengan syiling 5 sen. Gila ke apa pakai duit 5 sen, tapi memang sangat-sangat menarik laa kan. Perang dua pengeluar smartphone terkenal bergaduh macam budak-budak tapi pakai cara yang menyakitkan hati. Memang terbaik....hahaha

Sekali rupanya diorang cakap nie cerita tipu. Sebab benda nie kalau kat 9gag dah dua hari dah orang duk putar. Yang kaki 9gag mesti dah update dulu dah berita nih. Artikel dari dailybhaskar sebut benda nie tak betul. Tapi sekurang-kurangnya berita yang keluar nie boleh laa kot bagi idea kat Samsung macam mana cara nak menyusahkan Apple yang dah menyusahkan diorang. Perang Samsung - Apple tak habis lagi rupanya...hahaha.

http://daily.bhaskar.com/article/SCT-NEWS-rumors-saying-samsung-pays-apple-1-billion-in-30-trucks-full-of-5-cents-coins-is-a-hoax-371.html
Lepas nie sape lagi nak masuk dalam perang nie, BlackBerry mungkin? atau mungkin diorang ambil kesempatan keadaan sekarang nie pulak.


RAKYAT KEJAM!! Penyamun Berani Mati

Assalamualaikum wbt

Terkejut tengok satu video di youtube yang tunjuk adegan samun motosikal. Kejadian berlaku dalam bulan puasa baru-baru nie. Kalau ikut video katanya jadi masa 10 Ogos 2012, dah dekat nak raya dah nie masa nie. Kejadian berlaku kat Hentian Rehat Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE).


Bila aku tengok video nie, dua benda aku tak puas hati sama macam orang lain yang tengok video nie aku rasa. 

1. Aku bengang dengan penyamun yang selamba samun motor mamat tue.
2. Aku bengang dengan orang yang kat tempat kejadian tapi tak buat apa-apa.

Habis-habis kalau tak tau apa berlaku pun orang tengah bergaduh tue, kalau tak berani redakan panggil laa polis, bunyikan siren atau jerit kat diorang. Nie tak buat apa-apa, datang tengok je. Dah motor mamat tue kena curi baru nak pergi tanya apa jadi. Kalau aku jadi mangsa pun aku rasa nak maki diorang, tadi tak nak tolong lepas tue buat-buat baik tanya keadaan.


Apa-apa pun takziah kepada mangsa yang menjadi mangsa keadaan. Aku rasa bro tue tak baca blog aku tapi aku pesan kat bro nie, ko orang yang teraniaya, doa orang yang teraniaya nie Allah makbul. Doakanlah supaya Allah bagi keadilan pada ko. Mungkin apa yang jadi kat ko masa tue sebagai kifarah dosa untuk ko. Sabarlah dengan ujian dunia nie.

Untuk yang menyamun tue, baik korang ingat Allah banyak-banyak dan cari orang yang korang samun tue kalau korang dah rasa nak insaf. Dosa korang dengan Allah mencuri mungkin Allah boleh ampunkan tapi dosa korang dengan mangsa, selagi dia tak ampunkan korang tetap berdosa. Korang rasa seronok berjaya curi motor dia tapi ingat, seronok kat dunia nie kejap je. Aku rasa, kat dunia nie pun korang tak akan hidup bahagia.


[Renungan] Pool Party - Bikini Wars

Assalamualaikum wbt.

Cuba korang tengok gambar nie. Bagi yang duduk dekat area berdekatan mungkin ada nampak kot poster nie kat mana-mana kalau ada.


Tepuk dahi aku tengok gambar nie. Aku pun tak tau macam mana event macam nie boleh lepas kat Malaysia yang katanya negara Islam nie. Tak salah nak berhibur tapi biarlah jaga batas-batasnya. Mungkin diorang nak buka untuk yang bukan Muslim tapi negara nie negara majmuk, ada pelbagai kaum dan orang Islam pun ramai. Penganjur yang buat diorang mungkin tak kisah benda-benda macam nie tapi aku hairan benda macam nie boleh lepas dari pihak berkuasa.

Kalau pihak berkuasa terlepas pandang, minta untuk pandang dan jangan benarkan program macam nie berlaku. Kalau tak, kita dah pun membantu menambahkan bilangan anak luar nikah dan kes khalwat dalam statistik gejala sosial negara kita.


Tuesday, August 28, 2012

Oh Nexus 7

Assalamualaikum wbt.

Time bosan-bosan buat kerja hari nie, aku layan internet tengok apa yang menarik. Entah macam mana aku pun tak tau aku terjumpa satu artikel pasal Google Nexus 7 Tablet. Bila tengok design tablet nie nampak menarik. Tak terlalu besar & tak terlalu kecil. Yang buat aku tertarik sebab Nexus 7 nie direct dari Google walaupun pemasangan oleh ASUS. Bila dari Google nie mesti dapat firmware yang paling baru. Dia pakai Android 4.1 yang terbaru dengan nama Jelly Bean.


Jelly Bean nie kira penambahbaikan dari Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Dari yang aku baca, Jelly Bean nie lagi lancar kalau nak dibandingkan dengan ICS sebab setakat yang aku pakai ICS guna Smartphone aku memang dia agak tak stabil tapi ICS lebih mesra pengguna berbanding Gingerbread sebelum nie. Nie pendapat aku laa sebab aku yang pakai, mungkin ada orang lebih selesa guna Gingerbread sebab Gingerbread nie antara yang paling stabil dalam Android. Honeycomb pun tak dapat sambutan sebab kurang stabil tapi Honeycomb banyak pakai dalam tablet.

Nie antara spesifikasi yang buat aku tertarik dengan Nexus 7 nie selain dari fizikal dia yang cantik.

Spesifikasi Nexus 7

Apa yang buat aku makin tertarik tue kat CPU dia. Dia guna CPU yang aku boleh kata agak latest daripada NVIDIA Tegra 3. Tambah pulak processor dia Quad-Core, boleh bayang tak macam mana performance tablet nie. Kebanyakan smartphone lain yang pakai Tegra 3 nie harga ribu-riban. Tak larat nak beli tapi Nexus 7 nie kalau cek dia jual dengan harga $199. Kat Malaysia tak ada lagi stok original tapi set AP jual dalam RM1049 paling mahal aku jumpa & RM999 yang paling murah.

Spesifikasi yang lain tue pun memang menarik dengan pilihan sama ada nak 8GB or 16GB. Skrin guna kaca Corning yang bagi aku agak terbaik walaupun kalau tengok review sekarang Gorrila glass yang Samsung pakai lagi tahan.

Kalau ikutkan hati dan nafsu aku sekarang, memang aku nak pergi beli terus. Dah kira-kira dah mana aku nak cari duit. Tapi bila aku tengok-tengok balik ada benda yang kurang dan bagi aku benda tue sangat penting.

LG Optimus 4X HD pun dah masuk dalam senarai wishlist aku :D

Yang kurang pada Nexus 7 nie dia tak ada Mobile Data, tak ada GSM, 3G, 4G segala bagai. Makna kata dia sekadar tablet dan bukan telefon. Benda tue tak jadi masalah sebenarnya sebab aku memang dah pakai smartphone, jadi tak perlu nak banyak-banyak smartphone. Tapi kat rumah aku sekarang aku banyak pakai broadband sebab kat rumah aku tak ada wi-fi. Kalaupun aku beli lepas aku habis Intern, aku akan balik kampus pun tak ada wi-fi jugak, kalau ada pun kena cari tempat-tempat tertentu yang bagi aku agak kurang selesa.

Kekurangan nie buat aku fikir balik aku rasa tak perlu lagi kot aku beli. Tapi aku tengok-tengok juga smartphone lain yang pakai Tegra 3 nie. Salah satunya HTC One X. Kalau aku nak ambik yang nie memang aku boleh puasa 2 bulan dulu laa nak bagi stabil balik kewangan aku. Dia pakai Tegra 3 tambah lagi dengan kelebihan ada Beats Audio library file. Cumanya aku tak heran sangat dengan Beats Audio library file tue sebab dengan adanya geng-geng developer untuk smartphone aku, ada orang yang berjaya 'port'kan beats audio untuk smartphone aku. Jadi aku boleh bangga yang dalam telefon aku pun ada Beats Audio jugak...hehe

Jadi kesimpulannya, rujuk balik kepada posting aku [Tips] Panduan Membeli Smartphone. Bila kita guna panduan nie, tahulah kita benda yang kita nak tue sebenarnya perlu atau tak buat masa sekarang. Aku boleh tahan tak beli dan aku tau kalau aku tunggu sikit masa lagi ada banyak lagi yang lebih elok akan keluar pulak dan mungkin masa tue aku akan rasa rugi kalau aku beli siap-siap.


Kembali Kepada Fitrah (Bulatan Gembira)

Assalamualaikum wbt

Korang pernah dengar lagu raya dari penyampai-penyampai ERA FM?

Kalau perasan, dalam lirik dia ada sebut "Kembali fitrikan hatimu". Betul tak? Apa kaitan dengan entry kali nie?

Hari nie aku hadirkan diri aku ke bulatan gembira dengan sahabat-sahabat aku. Dapat laa jugak ilmu baru, boleh laa aku kongsi sikit-sikit. Nak kata aku banyak ilmu pun tak jugak. Tapi aku kongsi jugak laa apa yang aku ada nie.

source from http://angelwearsgucci.blogspot.com/2011/11/revolusi-bulatan-gembira-30.html

Entry nie masih lagi dalam mood Aidilfitri. Bulatan Gembira aku hari nie pun temanya Hari Raya jugak. Jadi brother yang lead Bulatan Gembira kami nie bercerita tentang konsep menyambut Aidilfitri. Berbalik kepada lirik lagu kat atas tadi tue, Aidilfitri membawa maksud kembali kepada fitrah. Dalam erti kata lain, sebenarnya kita sambut raya nie adalah kita nak menyambut kejayaan kita mengharungi ujian Ramadhan dan kita kembali kepada fitrah pada bulan Syawal dan perubahan tersebut perlu kekal hingga ke Ramadhan akan datang dengan peningkatan yang baik.

Diceritakan macam mana rupanya agama Islam nie agama fitrah. Contohnya yang paling basic adalah Rukun Islam yang 5. Semua itu merujuk kepada fitrah manusia. Contohnya berzakat adalah untuk menyucikan harta, Solat untuk menyucikan dosa, Puasa menyucikan diri dari mengikut hawa nafsu, Haji menyucikan jiwa, Syahadah sebagai persaksian kita mahu kembali kepada fitrah. Itu baru rukun Islam, belum lagi amalan-amalan yang juga dituntut kepada orang Islam untuk kita laksanakan. Memang terbaiklah.

kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah, selalulah sucikan diri kita supaya kita mampu kekal dalam fitrah tersebut.

Akhirnya kami refleksi balik diri kami sepanjang bulan Ramadhan, apa amalan tambahan yang dibuat. Soalnya, adakah amalan itu berterusan masa Syawal kali nie? Kalau masa bulan Ramadhan, kita mampu bangun awal pagi untuk bersahur, dalam bulan Syawal nie kenapa kita tak bangun awal pagi untuk beribadah? Rupanya kita sebenarnya mampu kalau kita letakkan mindset yang betul. Tapi bila mindset kita sekarang dah bukan bulan puasa, maka kita tak tergerak untuk bangun awal pagi sedangkan kita mampu bangun. Memang terkena sungguh atas batang hidung aku tadi.

Kesimpulannya, janganlah kita bermusim dalam beramal sebab kita tak tahu kita nak hidup sampai bila. Belum tentu kita boleh mati dalam bulan Ramadhan. Dan belum tentu juga kita sempat bertemu dengan Ramadhan akan datang. Jadi, manfaatkanlah setiap saat dalam hidup kita dengan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada kita.

peace.
Sebulan melawan nafsu, jangan mudah-mudah dihancurkan dengan nafsu :)



Monday, August 27, 2012

Kahwin. Sediakah Kita?

Assalamualaikum wbt.

Musim raya nie biasanya penuh dengan kenduri kahwin. Kena pulak kalau raya dalam cuti sekolah hujung tahun tue. Lagi berlonggok kenduri kahwin yang dibuat. Takat sekarang pun walaupun cuti raya seminggu dah ada banyak kenduri. Sekali kenduri ada yang sampai 2 pasang sekali kenduri. Baru-baru nie jiran sebelah rumah aku buat kenduri sekali sampai 3 pasang pengantin. Jimat banyak tue kalau nak ikutkan sebab sekali kenduri saja kos dah lebih dari RM15k (nie kiraan masa kakak aku punya kenduri dulu).

Bila dah jadi musim kenduri kahwin, ada juga yang belum kahwin nie mula berkira-kira dalam hati, bila pulak giliran diorang. Silap haribulan boleh jadi angau sebab asyik fikir pasal kahwin. Baguslah fikir pasal kahwin, sekurang-kurangnya dah bernikah hubungan dah sah, maksiat pun boleh dielakkan. Jadi nikah adalah pilihan terbaik kalau nak ikutkan kondisi masyarakat kita sekarang.

Cumanya, bagi yang asyik berbicara pasal kahwin, bersediakah kita sebenarnya? Kahwin bukan perkara main-main. Aku pun tak boleh kata banyak jugak sebab aku pun bujang lagi...hehehe

akad nikah sebagai lafaz komitmen kita melalui bahtera perkahwinan

Cumanya pernah sekali aku ditegur seorang sahabat yang juga seorang abang dan seorang ustaz pasal benda nie. Katanya, kita selalu sembang tentang nikah, tunang dan sebagainya. Tapi pernah tak kita fikir apa yang kita nak isi dalam bahtera perkahwinan itu? Secara retoriknya bila dah kahwin kita fikir bahagia, tapi apakah itu realiti sebenarnya? Apa tujuan kita kahwin? Adakah nak penuhi tuntutan nafsu atau tuntutan agama? 

Bila aku disoal dengan semua persoalan nie, aku fikir sekejap dan aku rasa aku pun belum sampai tahap bersedia untuk berkahwin. Letak ketepi soal status kita nie dah wajib kahwin or sunat kahwin. Adakah kita sudah benar-benar bersedia itu soal utama. Tapi kalau dah jodoh, teruskan sajalah jangan ditangguh pula. Nanti melepas, menyesal pun tak guna.

Ada orang, Allah uji dia sebelum berkahwin. Lepas kahwin terus bahagia. Ada pulak yang Allah uji lepas kahwin. Ujian Allah tue boleh jadi dalam macam-macam bentuk yang kita tak sangka. Komitmen dalam perkahwinan pun bukan komitmen yang main-main juga.

Akhir kata, selamat pengantin baru bagi yang baru melangsungkan perkahwinan dan tahniah bagi yang bakal berkahwin dan bagi yang belum berkahwin dan ingin berkahwin, siapkanlah diri dengan bekalan yang cukup sebagai persediaan untuk melayari alam perkahwinan. Kalau rumah tunggang-langgang, hidup tak teratur dan lain-lain, ubah diri dulu sebelum beriya-iya nak kahwin. Bak kata Ustaz Hasrizal, "Banyakkan Menjadi daripada Mencari".

Tahniah kepada abang Po'ek dan kak Huda yang baru melangsungkan perkahwinan mereka :D




[Tips] Panduan Membeli Smartphone

Assalamualaikum wbt

Agak-agak kat Malaysia sekarang berapa ramai orang yang guna Smartphone? Mesti laa ramai kan. Tapi masih ada lagi yang pakai handphone klasik macam 3310 dan yang sewaktu dengannya. Bagi mereka, janji boleh call dan boleh SMS dah mencukupi.

telefon yang menjadi legenda masa kini

Jadi sedikit tips untuk manusia-manusia yang nak membeli smartphone, tak kiralah nak beli yang ada jenama atau barang-barang cikai dan tak kiralah nak beli jenis apa sekalipun.

1. Lihat bajet anda
Kalau nak beli smartphone tapi bajet rendah, boleh je dapat tapi dapat laa yang kurang berkualiti dan tak terlalu selesa untuk digunakan. Contohnya barang-barang yang diimport dari cina. Bukan tak boleh pakai tapi kurang nikmat bila nak guna. Kebanyakan yang diimport nie guna Android. Tapi kalau ikut pasaran sekarang banyak juga yang dah turun harga dari jenama-jenama terkenal tapi bukan yang betul-betul mengikut perkembangan semasa. Kalau bajet nak beli telefon bawah RM500, disarankan untuk simpan lagi duit ataupun melaburlah supaya duit anda bertambah 4 kali ganda. Masa tue, mungkin boleh beli iPhone kot.

boleh tak beli smartphone pakai dinar emas?

2. Lihat spesifikasi smartphone yang nak dibeli
Sangat penting bagi pembeli untuk tengok dulu spesifikasi smartphone yang nak dibeli. Ramai pengguna selalu terperangkap dengan fizikal smartphone yang cantik tanpa melihat dahulu spesifikasi telefon yang nak dibeli. Ingat, yang nak digunakan itu adalah perisian telefon, rupa luaran telefon adalah sekadar daya penarik. Untuk mendapat kepuasan optimum menggunakan smartphone, carilah yang mempunyai sistem proses yang kuat seperti smartphone-smartphone terbaru yang mempunyai kelajuan lebih dari 1Ghz dan memori yang lebih besar.

Spesifikasi lain yang juga perlu diberi perhatian adalah fungsi yang ada pada smartphone tersebut. Kebiasaan yang akan ditanya adalah tentang kamera. Bagi yang gemar menggunakan smartphone untuk mengambil gambar, ini merupakan satu spesifikasi penting bagi mereka. Lihat juga fungsi kamera hadapan (front camera). Tak guna beli smartphone yang menyokong 3G dan 4G tapi tak ada kamera depan untuk panggilan video. Maka kita perlu bijak dalam melihat spesifikasi-spesifikasi tersebut. Rujuklah pada kawan-kawan yang arif dalam benda-benda macam nie supaya anda tak tertipu.

Storage juga elemen penting dalam smartphone sebab kita akan banyak muat turun aplikasi dan mungkin juga memasukkan banyak video dalam smartphone kita. Jadi carilah smartphone yang boleh menyokong storage yang besar.

contoh spesifikasi smartphone

3. Kenapa korang nak beli?
Kalau anda mahu beli smartphone kerana nampak bergaya, nasihat yang aku boleh bagi adalah tak perlu beli kalau duit tak banyak. Sangat rugi kalau orang yang beli smartphone sebab nak nampak ada gaya dan nampak kaya kalau tak betul-betul memanfaatkan smartphone yang dibeli. Lagi teruk kalau tak pandai guna. Tapi bagi yang ada banyak sangat duit sampai tak boleh nak simpan dalam bank, kalau nak beli tue ikut suka korang laa kan. Duit korang bukan duit aku.

Ada yang beli smartphone sebab aktiviti harian dia memerlukan dia menggunakan smartphone tersebut seperti semak e-mail, baca dokumen-dokumen penting dan sebagainya. Jadi jangan hairan kalau golongan-golongan korporat ramai yang guna smartphone. Bukan semata-mata kerana gaya tapi smartphone banyak memudahkan urusan dan senang nak bawa merata tempat.

Ada juga yang beli sebab diorang berminat untuk jadi developer untuk perisian smartphone seperti Android, iOS dan lain-lain.

Itu je 3 tips yang aku nak share kat korang tapi sedikit peringatan sebelum korang beli smartphone.
  1. Jaga-jaga dengan barang ciplak, kadang-kadang barang yang korang beli bukan original jadi sila semak betul-betul sebelum beli.
  2. Pastikan ada warranty ketika beli melainkan korang beli yang terpakai jangan tanya pasal warranty.
  3. Pastikan sumber kewangan korang cukup untuk menampung kegunaan korang. Kalau agak-agak lepas beli kena puasa 2 bulan, lupakan hasrat nak beli
sila berjaga-jaga dengan smartphone ciplak, nampak serupa tapi tak sama



Sunday, August 26, 2012

Travelog Pulang ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt.

Mula-mula sekali aku nak bersyukur kepada Allah (sujud syukur) sebab menggerakkan aku & abang ipar aku keluar dari rumah (kampung aku) pada masa yang cantik dan sangat sesuai untuk orang yang nak travel jauh seperti aku. 

Kami keluar dari rumah tadi pukul 11.30 pagi lebih kurang. Drive dari Bagan Serai ke Highway Kamunting macam biasa kereta banyak tapi tak sesak, lancar dan terkawal. Masuk je highway, aku agak mungkin dah sesak dah jalan tapi rupanya jalan clear hari nie dari Kamunting sampai Changkat Jering. Aku berpecah dengan abang ipar aku masa nie, dia direct ke rumah Mak dia kat Putrajaya & aku masuk exit Changkat Jering sebab nak pergi Sabak Bernam lagi dekat kalau ikut jalan lama. Aku pergi Sabak Bernam hantar adik aku balik asrama.

Pakai jalan lama, jalan clear jugak walaupun ada jugak kawasan yang ada banyak kereta tapi jalan tak sesak teruk. Habis-habis beratur panjang sebab lampu isyarat. Biasanya kalau aku hantar adik aku, ada jugak dalam 3 jam setengah ke 4 jam perjalanan tapi hari nie aku sampai kat Masjid Sabak Bernam baru pukul 2.15 petang. Kami solat lepas tue pergi makan tengah hari. Dalam pukul 3 petang aku hantar adik aku pergi asrama. Lepas tue aku direct nak balik KL ikut LATAR. Nak ikut LATAR, aku kena pergi ke Kuala Selangor dulu. Ingatkan dekat rupanya jauh jugak Kuala Selangor. Kena lalu Sekinchan & Tanjung Karang dulu baru sampai kat Kuala Selangor.

Sebelum sampai kat Kuala Selangor aku jadi bengang dekat Tanjung Karang sebab trafik jadi sesak teruk. Ingatkan ramai ambik jalan lama nak balik, rupanya beratur panjang sebab lampu isyarat. Lama jugak aku beratur kat situ. Bila dah sampai kat hujung baru aku nampak polis trafik dengan motor besar dia datang nak kawal trafik. Dalam hati memang aku dah maki polis tue tadi, lambat sangat datang.

Kat Kuala Selangor pun masa aku masuk je simpang nak ke LATAR dah sesak teruk. Aku dah berkira-kira jugak nak patah balik. Tapi sebab aku tak biasa sangat dengan jalan lama aku terus je masuk simpang tue. Panjang jugak beratur tapi bukan sebab ramai nak masuk LATAR pun, rupanya beratur panjang sebab ramai orang nak masuk ke gerai Cendol Bakar kat tepi jalan. Kedai nie boleh tahan popular jugak, siap ada drive-thru lagi kat situ. Mujur masa aku pergi dulu tak ramai macam nie.

Lepas je dari kedai cendol tue lapang sikit jalan tapi tak lama sebab lepas tue start sangkut balik sebab ada kemalangan. Ada kereta langgar tiang elektrik tepi jalan. Aku bila tau ada kemalangan aku tak kisah sangat. Yang buat aku panas bila orang kerumun tempat tue. Tue yang jadi punca jalan sesak. Yang tak boleh blah, siap ada tukang jaga trafik. Nak je aku sepak muka dia laju-laju.

kalau trafik macam nie, sanggup lagi aku ambik MC tak pergi kerja esok  :p

Dah lepas semua tue jalan dah ok balik. Aku tak balik rumah terus, pergi Putrajaya dulu singgah rumah terbuka sepupu aku kat Presint 18. Nak pergi Putrajaya pun habis segala Lebuhraya aku masuk, LATAR ke Guthrie ke NKVE ke Elite, lepas tue baru masuk Putrajaya. Lepak rumah sepupu aku sampai Maghrib, solat kejap lepas tue aku balik rumah aku kat Wangsamaju. Nak balik macam senang sikit, aku keluar ikut Lebuhraya Sungai Besi lepas tue masuk MRR2. Kat MRR2 macam biasa kereta banyak tapi tak sangkut. Jalan ok je. Aku pun straight je sampai kat rumah aku. Sampai rumah dalam pukul 9.30 malam.

Kesimpulannya, semua jalan yang aku lalu hari nie tak sangkut mana-mana, semua lancar saja. Masa dalam perjalanan, bukak twitter tengok tweet InfoTrafik kata kat PLUS sesak dari Taiping ke Changkat Jering & lain-lain tempat ke arah selatan tapi abang ipar aku dah sampai Putrajaya dalam pukul 3 jugak tak silap aku. Maknanya dia pun direct je laa tak sangkut mana-mana. Pengajaran yang aku dapat pulak, sebelum memulakan perjalanan, baca doa naik kenderaan & doa dipermudahkan urusan. Insya-Allah segala urusan korang dipermudahkan.

nie apa yang aku dapat dari twitter pasal trafik kat lebuhraya


lagi pasal trafik




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Buat permulaannya, aku rasa tak terlambat lagi aku nak ucap selamat hari raya pada semua (Raya sebulan kan). Jadi aku ucapkan kepada semua Muslim seluruh dunia umumnya dan Malaysia khususnya Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Raya tahun nie, kalau sama je macam raya tahun lepas tanpa ada penambahbaikan, aku rasa masuk laa dalam kumpulan orang yang rugi. Tapi kalau ada improvement, tahniah aku ucapkan. Semoga apa yang kita dah dapat dari bulan Ramadhan sebulan terus kita amalkan dalam bulan-bulan mendatang. Kita pun tak tahu kita bakal jumpa Ramadhan lagi ke tak tahun depan. Jadi, rebutlah segala peluang yang ada.

Aku macam biasa, dari segi raya aku memang tiap-tiap tahun ada je benda lain yang berlaku. Improvement ke sama saja tue aku pun tak tau nak cakap macam mana. Tapi yang makin kurang tue konfem duit raya. Walaupun aku masih menuntut, tapi duit raya aku dah makin berkurangan (mungkin sebab muka aku yang matured..hehe). Bila dah besar panjang nie pun, suasana raya rasa lain sikit daripada dulu-dulu.


Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, malam raya nie memang happening laa aku dengan sepupu-sepapat aku main mercun, main nyorok-nyorok segala bagai. Sekarang, semua dah besar panjang malam raya terpacak depan TV or lepak sembang-sembang kat meja makan. Geng budak-budak pulak dah tak ramai, diorang je laa yang nak buat kecoh pun kat rumah tok.

Point aku, kita tak boleh sangat nak bezakan cara kita sambut raya dengan budak-budak sekarang sambut raya sebab memang kita dalam zaman yang tak sama dengan diorang. Kalau kita sentiasa nak buat perbandingan, percaya cakap aku 10 tahun akan datang, budak generasi sekarang pulak akan buat perbandingan sama pada budak-budak yang akan lahir 10 tahun akan datang (anak-anak aku dah kot masa tue). Yang penting bukan cara kita sambut raya tapi roh Aidilfitri itu kita hidupkan sesama seluruh ahli family kita. Jangan makin besar makin tak rapat dengan family sendiri sudahlah.

Nie contoh menarik cara family nie hidupkan suasana raya diorang walaupun mungkin agak pelik dan aku pun tak tau boleh ke tak sebenarnya kita sambut macam nie. Ustaz aku cakap, malam raya nie kena laa banyak zikir or pergi rumah jiran-jiran bertakbir. Apa-apa pun, video nie sangat cool.