Monday, August 27, 2012

[Tips] Panduan Membeli Smartphone

Assalamualaikum wbt

Agak-agak kat Malaysia sekarang berapa ramai orang yang guna Smartphone? Mesti laa ramai kan. Tapi masih ada lagi yang pakai handphone klasik macam 3310 dan yang sewaktu dengannya. Bagi mereka, janji boleh call dan boleh SMS dah mencukupi.

telefon yang menjadi legenda masa kini

Jadi sedikit tips untuk manusia-manusia yang nak membeli smartphone, tak kiralah nak beli yang ada jenama atau barang-barang cikai dan tak kiralah nak beli jenis apa sekalipun.

1. Lihat bajet anda
Kalau nak beli smartphone tapi bajet rendah, boleh je dapat tapi dapat laa yang kurang berkualiti dan tak terlalu selesa untuk digunakan. Contohnya barang-barang yang diimport dari cina. Bukan tak boleh pakai tapi kurang nikmat bila nak guna. Kebanyakan yang diimport nie guna Android. Tapi kalau ikut pasaran sekarang banyak juga yang dah turun harga dari jenama-jenama terkenal tapi bukan yang betul-betul mengikut perkembangan semasa. Kalau bajet nak beli telefon bawah RM500, disarankan untuk simpan lagi duit ataupun melaburlah supaya duit anda bertambah 4 kali ganda. Masa tue, mungkin boleh beli iPhone kot.

boleh tak beli smartphone pakai dinar emas?

2. Lihat spesifikasi smartphone yang nak dibeli
Sangat penting bagi pembeli untuk tengok dulu spesifikasi smartphone yang nak dibeli. Ramai pengguna selalu terperangkap dengan fizikal smartphone yang cantik tanpa melihat dahulu spesifikasi telefon yang nak dibeli. Ingat, yang nak digunakan itu adalah perisian telefon, rupa luaran telefon adalah sekadar daya penarik. Untuk mendapat kepuasan optimum menggunakan smartphone, carilah yang mempunyai sistem proses yang kuat seperti smartphone-smartphone terbaru yang mempunyai kelajuan lebih dari 1Ghz dan memori yang lebih besar.

Spesifikasi lain yang juga perlu diberi perhatian adalah fungsi yang ada pada smartphone tersebut. Kebiasaan yang akan ditanya adalah tentang kamera. Bagi yang gemar menggunakan smartphone untuk mengambil gambar, ini merupakan satu spesifikasi penting bagi mereka. Lihat juga fungsi kamera hadapan (front camera). Tak guna beli smartphone yang menyokong 3G dan 4G tapi tak ada kamera depan untuk panggilan video. Maka kita perlu bijak dalam melihat spesifikasi-spesifikasi tersebut. Rujuklah pada kawan-kawan yang arif dalam benda-benda macam nie supaya anda tak tertipu.

Storage juga elemen penting dalam smartphone sebab kita akan banyak muat turun aplikasi dan mungkin juga memasukkan banyak video dalam smartphone kita. Jadi carilah smartphone yang boleh menyokong storage yang besar.

contoh spesifikasi smartphone

3. Kenapa korang nak beli?
Kalau anda mahu beli smartphone kerana nampak bergaya, nasihat yang aku boleh bagi adalah tak perlu beli kalau duit tak banyak. Sangat rugi kalau orang yang beli smartphone sebab nak nampak ada gaya dan nampak kaya kalau tak betul-betul memanfaatkan smartphone yang dibeli. Lagi teruk kalau tak pandai guna. Tapi bagi yang ada banyak sangat duit sampai tak boleh nak simpan dalam bank, kalau nak beli tue ikut suka korang laa kan. Duit korang bukan duit aku.

Ada yang beli smartphone sebab aktiviti harian dia memerlukan dia menggunakan smartphone tersebut seperti semak e-mail, baca dokumen-dokumen penting dan sebagainya. Jadi jangan hairan kalau golongan-golongan korporat ramai yang guna smartphone. Bukan semata-mata kerana gaya tapi smartphone banyak memudahkan urusan dan senang nak bawa merata tempat.

Ada juga yang beli sebab diorang berminat untuk jadi developer untuk perisian smartphone seperti Android, iOS dan lain-lain.

Itu je 3 tips yang aku nak share kat korang tapi sedikit peringatan sebelum korang beli smartphone.
  1. Jaga-jaga dengan barang ciplak, kadang-kadang barang yang korang beli bukan original jadi sila semak betul-betul sebelum beli.
  2. Pastikan ada warranty ketika beli melainkan korang beli yang terpakai jangan tanya pasal warranty.
  3. Pastikan sumber kewangan korang cukup untuk menampung kegunaan korang. Kalau agak-agak lepas beli kena puasa 2 bulan, lupakan hasrat nak beli
sila berjaga-jaga dengan smartphone ciplak, nampak serupa tapi tak sama





www.tips-fb.com

2 comments :

Anonymous said...

baguih laa ade post ni..kalo ade lg tips post la lg yek..tgh usha2 gak smartphone ni tp still considering..

-budak utp-

Unknown said...

usha biar sampai beli, jangan tak terbeli sudah laa...huhu