Thursday, September 20, 2012

Rosak Saraf Otak - Derita Adam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Korang ingat lagi entry aku sebelum nie berkenaan adik Amyra? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, bukak je facebook mak dia dengan nama Erna Fantasia. Korang boleh update keadaan adik Amyra kat situ. Kali nie aku nak kongsikan pulak satu lagi anak kecil yang diberi ujian Allah. Moga Allah merahmati anak kecil ini dan ibu bapanya. Adik ini telah diuji dengan kerosakan pada saraf otak ataupun dalam istilah perubatannya Brain Damage Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy). Aku pun tak tahu macam mana sebenarnya penyakit nie tapi nak ceritanya penyakit nie dah menyebabkan saraf otak adik Adam tak berfungsi.

wajah ini yang menderita tapi masih lagi terukir senyumannya.
Adam lahir secara vacuum pada 4 Mac 2012 dan sewaktu kelahirannya, Adam terus keluar alam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI pada 9 Mac 2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin suction kerana tak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan Adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tak dapat mendengar kerana kersoakan pada bahagian dalam telinganya.
Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.
-dipetik dari page facebook Ahmad ADAM Syukri- 
Ya Allah, Kau ringankanlah bebanan yang ditanggung anak kecil ini, rahmatilah dia dan ibu bapanya dengan rahmat-Mu ya Allah...amin

Sayu hati tengok adik nie.
keadaan terkini adik Adam...sayu melihatnya.
p/s:- perkembangan tentang adik Adam boleh dilihat di page berikut KLIK SINI




www.tips-fb.com

Kegagalan Jantung Kongestif Punca Kematian Hui Yi

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


BATU PAHAT: Laporan bedah siasat mendapati gadis yang menjalani dua pembedahan pemindahan jantung, Tee Hui Yi, 19, meninggal dunia akibat kegagalan jantung kongestif.

Bapa Hui Yi, Ah Soon, 57, berkata mereka tidak kisah jika tidak diberikan butiran penuh mengenai kematiannya kerana apa yang dinginkan semua ahli keluarga adalah diberi masa untuk meratapi pemergiannya.

"Adalah menyedihkan bahawa dia telah pergi terutamanya selepas mendapat peluang semula untuk hidup selepas menjalani pemindahan jantung," katanya di rumah pengurusan mayat di Jalan Fatimah di sini, Rabu.

Ah Soon dan ibu Hui Yi, Dina Bato Sam Bua, 52, berasa bersyukur kerana menerima ribuan panggilan telefon, mesej dan kunjungan saudara mara dan orang ramai yang prihatin ke majlis pengebumian anaknya.

"Saya terkejut melihat kehadiran orang ramai terutamanya pada malam Isnin," katanya.

Hui Yi yang selamat menjalani pembedahan pemindahan jantung pada 2007 mengadu sakit di bahagian dada dan belakang leher kira-kira pukul 7 pagi, Selasa sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Tubuhnya menjadi kaku sehingga menyebabkan kedua-dua ibu bapanya melakukan pernafasan mulut ke mulut tetapi tidak berjaya.

Dia disahkan meninggal sunia selepas dikejarkan ke Hopsital Batu Pahat kira-kira 10.02 pagi, Selasa.

Awal pagi Rabu, sekumpulan pegawai dari Institut Jantung Negara (IJN) turut memberikan penghormatan terakhir kepada Hui Yi.

Koordinator Transplan IJN, Sharifah Noraida Syed Nom, antara salah seorang jururawat yang menjaga dan melakukan pemeriksaan ke atas Hui Yi sepanjang pembedahan itu berkata, ramai rakan-rakannya sedih apabila mendengar berita kematian tersebut.

-mStar-

Siapa dia Hui Yi? Dialah yang mencipta sejarah orang yang membuat dua kali pemindahan organ. Pertama kali pembedahan berjaya tapi badan dia tolak organ tersebut. Kali kedua terus berjaya. Namun, tak ada siapa pun yang dapat melawan takdir dan ketetapan Tuhan. Bila tiba masa untuk kembali, maka akan kembalilah kita tak kurang dan tak terlebih walau sedetik

Sedih pulak aku baca berita nie.


Kantoi Curi Macbook Puteri Raja

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Mencuri tak beragak.
KOTA BHARU – Tindakan berani seorang pengawal istana mencuri komputer riba milik puteri raja Kelantan, Tengku Amalin A’ishah Putri di ruang tamu Istana Mahkota Kubang Kerian di sini bulan lalu mengundang padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tengku Amalin, 29, merupakan adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mahadi Mahamad, 35, setelah lelaki itu mengaku bersalah mencuri komputer riba jenama Apple Macbook bernilai RM7,500.

“Mahkamah melihat bukan sahaja kepada barang yang kamu curi tetapi keberanian kamu menceroboh kawasan larangan untuk mencuri barang tersebut. Kamu sepatutnya menerima hukuman yang berat,” kata Mohd. Fazaly Ali.

Mohd. Fazaly Ali mengarahkan Mahadi menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 15 September lalu.

Mahadi dari Jalan Telipot di sini didakwa mencuri komputer riba berwarna putih itu dan satu alat pengecas milik Tengku Amalin yang berada dalam jagaan sepupunya, Tengku Noremilina Tengku Iskandar, 27, di istana tersebut. Kejadian itu berlaku antara pukul 12 tengah hari 29 Ogos lalu hingga pukul 2 pagi 30 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 13 September lalu, Tengku Noremilina membuat laporan polis selepas mendapati komputer riba milik Tengku Amalin yang diamanahkan kepadanya untuk dijaga dan diletakkan di bilik ruang tamu istana hilang.

Pada pukul 6 petang 15 September lalu, polis menangkap empat suspek termasuk tertuduh yang kemudian mengaku mencuri barangan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tengku Amalin pernah menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu antara tahun 2006 hingga 2009.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan itu kerana melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Melbourne, Australia dalam jurusan undang-undang.

p/s:- Kalau yang kena curi tue Macbook aku, mesti tak dapat tangkap pencuri dia.


Wednesday, September 19, 2012

Isu Nabi Dihina - Apa Peranan Kita

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Isu hina Nabi nie masih lagi hot sekarang. Banyak dah demonstrasi dan himpunan yang dibuat untuk membantah perbuatan Sam Bacile. Malah ada pengakuan daripada pelakon filem terbabit yang mengatakan bahawa asalnya skrip lain tapi telah dialih suara untuk menjadi begitu.

Benar kita rasa marah, namun atas dasar apa kita rasa marah? Aku tak sokong kita berdiam diri bila Nabi dihina begitu tapi aku tetap juga tak sokong apabila bantahan dibuat mengikut nafsu marah hingga membahayakan orang lain. Saidina Ali pun dalam peperangan bila diludah, dia tak jadi bunuh musuh sebab takut salah niat bunuh kerana rasa marah.

Antara babak dalam filem tersebut.
Jangan terperangkap dalam perencanaan musuh. Benda-benda macam nie yang kita panggil provokasi untuk menarik perhatian orang Islam supaya bertindak sebab mereka boleh baca yang umat Islam tak akan berdiam diri. Demo dah buat, jangan berhenti sampai di situ saja. Masa inilah untuk kita pula mempromosikan Islam lebih dari mempromosikan negara dan negeri. Promosikanlah keindahan Islam itu dari sudut penulisan, perbuatan dan pergaulan seharian kita.

Bila Islam kuat dipromosikan lebih dari semangat-semangat yang tak berunsurkan Islam, maka orang akan tertarik dengan Islam sekaligus menjadi sebab ramainya orang kembali kepada agama fitrah ini. Moga kita semua beroleh manfaat.

^_^
p/s:- terfikir juga kalau orang tolak hukum Allah, tak buat apa yang Nabi suruh buat tak dikira menghina Islam ke?

boleh tengok artikel panjang dari senior aku kat Mesir :-)