Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Eh, Termengandung Laa Pulak

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Aku share satu gambar nie yang kalau baca nampak macam kelakar tapi bila renung balik, betul jugak ye. Point aku mudah, jauhi maksiat walaupun dunia kita sekarang nie terlalu global dan open sehinggakan benda-benda maksiat nie boleh dapat kat mana-mana saja. Hujung pangkalnya, macam mana kita nak kawal diri dan nafsu kita sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, terlajak perbuatan nasiblah badan.

source : HERE
Masa buat memang nikmat, tapi bila dah jadi macam tue, masing-masing tak mahu bertanggungjawab. Kalau iman masih ada di hati, selamatlah zuriat hasil terlajak tue. Kalau tak, alamatnya jumpa laa kat tepi-tepi jalan, dalam hutan atau dalam tong sampah. Aku pun tak tau macam mana punya kering hati orang yang buang anak nie.

credit to : Koleksi Ayat-Ayat Cinta

p/s: kalau dah tak tahan sangat tue, aku nasihatkan pi kawin saja lah...jangan tambah masalah orang.




www.tips-fb.com

Tuesday, September 4, 2012

[Kelakar] Troll Makan Tuan

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Apa rasanya bila kita suka troll orang dan troll tersebut kena balik atas batang hidung kita. Hehehe...nie ada satu gambar aku kutip dari Facebook pasal troll makan tuan nie.

Pengajarannya, tak perlulah suka sangat troll orang. Takut nanti bila kita kena troll balik kita tak boleh terima. Nak troll biar bertempat, silap haribulan nyawa pun boleh melayang. :)


-peace-


Friday, August 31, 2012

Google Nak Sambut Merdeka ke-55 Jugak

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 Tanah Melayu. Malaysia kena tunggu Malaysia day 16 September nie pulak. Dengar cerita ramai berkumpul dekat Dataran Merdeka & Dataran DBKL hari nie. Alhamdulillah, sambutan aman.

Dalam kita seronok sambut merdeka, perlu ingat juga, merdeka nie bukan sekadar sambutan percikan bunga api dan sebagainya. Merdeka itu sendiri menandakan bebasnya kita dari cengkaman penjajah dari segala sudut sama ada penjajahan fizikal mahupun pemikiran. Eh, penjajahan pemikiran? Kita dah merdeka ke dari penjajahan pemikiran? Entahlah.

Kemerdekaan bukan sekadar untuk disambut tapi diisi dengan segala macam kebaikan dan kemakmuran.

Dan yang menarik, Google pun tak terlepas nak sambut Merdeka. :)

kalau buka Google.com pun dapat gambar yang sama juga :)



Wednesday, August 29, 2012

Kisah Samsung Troll Apple

Assalamualaikum wbt

Kat office tadi aku dah gelak besar bila baca pasal Samsung troll Apple. Ceritanya Samsung bayar Apple 1 billion dengan 30 truck penuh dengan syiling 5 sen. Gila ke apa pakai duit 5 sen, tapi memang sangat-sangat menarik laa kan. Perang dua pengeluar smartphone terkenal bergaduh macam budak-budak tapi pakai cara yang menyakitkan hati. Memang terbaik....hahaha

Sekali rupanya diorang cakap nie cerita tipu. Sebab benda nie kalau kat 9gag dah dua hari dah orang duk putar. Yang kaki 9gag mesti dah update dulu dah berita nih. Artikel dari dailybhaskar sebut benda nie tak betul. Tapi sekurang-kurangnya berita yang keluar nie boleh laa kot bagi idea kat Samsung macam mana cara nak menyusahkan Apple yang dah menyusahkan diorang. Perang Samsung - Apple tak habis lagi rupanya...hahaha.

http://daily.bhaskar.com/article/SCT-NEWS-rumors-saying-samsung-pays-apple-1-billion-in-30-trucks-full-of-5-cents-coins-is-a-hoax-371.html
Lepas nie sape lagi nak masuk dalam perang nie, BlackBerry mungkin? atau mungkin diorang ambil kesempatan keadaan sekarang nie pulak.