Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Pengalaman Barang Kena Curi

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Seminggu dua nie ada macam-macam benda yang berlaku. Kalau kat ofis memang dah 'hectic' sangat minggu lepas. Ingat kat ofis je, sekali kat rumah pun ada macam-macam jugak.

Nak jadi cerita, hari Jumaat lepas aku ngan member aku ada hal nak turun UTP untuk bantu handle program. Kami plan nak gerak dalam pukul 12 lebih kurang sebab sebelum tue ada hal lain yang penting jugak..hehe.

Sampai kat rumah dalam pukul 12 tue, aku pun masuk rumah, park kereta depan rumah jiran aku then siap-siap barang. Macam biasa barang aku tak banyak, cuma bawak pakaian dengan beberapa keperluan lain je. Barang semua dah pack kat bawah tinggal nak masuk dalam kereta je. Kebetulan pulak baju-baju aku dalam beg tue semuanya baju baru beli campur ada satu shawl aku beli harga RM70 baru-baru nie.

Aku start masuk barang dalam kereta aku, beg baju aku masuk dalam bonet lepas tue aku tutup balik sebab nak masuk rumah aku kunci sekali pintu kereta aku. Member aku pulak banyak barang dia, so dia bawak semua barang-barang dia letak kat bahagian seat belakang kereta. Beg laptop dia letak dalam bonet. Kebetulan ada sorang lagi member aku ada kat luar masa tue, dia nak keluar pi kedai. Member aku pun ingat dia lama kat situ sebelum gerak so dia pun masuk laa balik dalam rumah amik barang-barang lain.

Tak lama lepas tue aku pulak keluar tengok bonet tak tutup, lepas tue aku pergi kat kereta, tengok beg aku tak ada dah kat belakang. Ingat member aku letak kat depan. Aku tengok kat depan, tak ada jugak. Aku tanya member aku mana dia letak beg aku, dia dah kelam-kabut dah. Tengok-tengok memang sah barang kami kena curi. Beg baju aku dengan beg laptop member aku dah lesap masa tue. Jenuh cari laa sebab tak nampak sape yang amik. Member aku yang keluar pi kedai pun tak perasan ada orang lalu sebelum dia keluar.

gambar hiasan
Lepas tue ada dua orang mamat naik skuter pusing-pusing tengok kami. Aku ingat diorang dah yang curi, aku suruh member aku kejar, rupanya diorang nie pun ada orang bagitau kata ada nampak sorang mamat bawak motor Lagenda bawak lari dua beg. Sah, memang beg aku ngan member aku. So memang dah tak nampak harapan laa sebab konfem dah pencuri tue dah jauh lari. So apa lagi, pergi balai je laa buat report. Aku tak ikut sebab dah down dah masa tue. Masuk rumah balik ingat nak tidur je tapi terasa macam ada orang dah 'mark' rumah kitorang. Mungkin low security kot.

Lepas tue member aku call tanya dah siap barang ke belum. Aku pun dah tak semangat nak pi mana-mana dah masa tue. Tapi fikir balik aku dah janji nak turun. So turun je laa malam tue. Member aku balik dari balai dah dekat pukul 3 pagi. Katanya ada kes lain jugak masa tue, ada rumah kena pecah kat Jalan Genting Kelang, total loss RM30k.

Tapi sampai jugak laa kat kampus jumpa member-member kat sana. Mujur program yang aku handle nie cambest jugak. Terubat sikit hati, tak rasa sangat pasal kena curi tue. Aku tak down sebab baju hilang tapi down sebab kereta aku jadi mangsa..haha..tapi serious kesian kat member aku sebab abes laptop, hard disk, segala pen drive campur buku report intern dia lesap semua sekali. Kalau aku mau frust tahap gaban dah. Dia rilex je. Ujian gila rasa masa tue, macam kena bayar cash segala dosa aku buat...haha. Taubat-taubat.




www.tips-fb.com

Tuesday, September 11, 2012

Nak Sihat? Jom Berbekam

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Malam semalam aku dengan roomate aku pergi berbekam. Member aku dah pernah buat sebelum nie, aku first time try bekam so macam ada sikit-sikit cuak jugak laa. Kalau kat kampus sebelum nie pun ramai member aku dah buat bekam nie cuma aku tak sampai seru nak cuba. Tapi semalam, aku pergi jugak laa cuba sekali tengok apa rasa. Yang member aku pulak, beria nak buat bekam kat kepala...hehe

So semalam kitorang pergi bekam dekat area Setapak, spesifik dekat Aura Care, 2-3-2, Jalan Megan Setapak 1. Pandai-pandai laa cari ye. Tapi abang yang buat bekam nie sebelum kitorang mula, dia terang kat kitorang apa dia bekam, actually bekam nie satu sunnah Nabi. Memang ada riwayat yang Nabi menggalakkan kita berbekam untuk kesihatan kita sebab bekam nie boleh buang angin dengan darah kotor dalam badan. Kira macam buang toksin jugak laa.

Bekam nie tak ambil masa lama pun, dia cuma akan cari vital point (aku tengok dia buat scanning kat badan) lepas tue dia akan letak alat yang nak sedut darah ngan angin dalam badan. Masa nak keluarkan darah tue, memang kena cucuk sikit laa. Tak sakit pun, rasa geli macam kita main stapler ada laa. Tapi sebelum dia cucuk tue dia akan tengok dulu kat mana tempat paling banyak darah kotor. Macam aku ngan member aku sama-sama tempat kotor dekat belah kiri pinggang. Dia cakap kami kurang minum air, dia suruh kami banyak-banyak minum air untuk cuci pinggang dengan perut campur sekali segala usus.

Kalau hitam macam nie tandanya banyak darah kotor laa tue...

Masa nie dia akan sedut darah dan kalau perasan nampak berkuap, tue menunjukkan angin pun keluar sekali...
Kebaikan berbekam
  1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan, masalah dengkur dan sistem perkumuhan.
  3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
  7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
  9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Ada orang lebih suka mengurut daripada berbekam. Dua-dua bagus dan ada kebaikannya tapi mengurut, ada risiko untuk terputus urat saraf kalau salah buat dan urut nie boleh pecahkan angin dalam badan. Tapi kalau berbekam, tak ada risiko urat saraf terputus dan dia terus buang angin daripada memecahkan angin. Tambah pula, amalan berbekam nie merupakan satu sunnah. Tapi tak ada masalah pun kalau korang nak buat mana pun, ikut keselesaan diri saja.



[Video] Band Rumah Sewa LOL

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

dalam ramai-ramai tue sume noob melainkan sorang :)
Kalau semalam aku post entry pasal rumah aku yang dah jadi studio. Semalam jugak, kami rakamkan jamming kami yang memang haru dan kelam-kabut. Maklumlah, dalam ramai-ramai kat rumah tue, berapa kerat je yang pandai main alat muzik. Aku pun memang sangat-sangat tak pandai...hehehe.


Amacam...ok tak...hehehe


Sunday, September 9, 2012

Studio Mini di Rumah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Korang minat muzik tak?

Mesti ada yang minat kan. Aku tak adalah hardcore dalam muzik nie tapi dalam rumah aku yang serba kecil tapi mahal nie, aku ditakdirkan sebilik dengan makhluk Allah yang sukakan muzik. Jadi wujudlah studio mini dekat rumah sewa kami yang didiami oleh 8 budak praktikal yang memang tengah kerja tapi malamnya serupa tak ada kerja.

koleksi alat muzik di bilik aku
Di malam yang hening lepas balik dari berjalan-jalan dari program rumah terbuka, kami sempat jugak buat sesi jamming sekali. Siap ada tetamu jemputan lagi. Mohon maaf diucapkan kepada jiran-jiran sebelah rumah kalau hari nie rumah kami bising lebih dari biasa, selalunya kami senyap sunyi je kan...kan..kan.

sesi jamming...:)

Raihan pernah kata:-

Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah.


Wednesday, September 5, 2012

Fakta Nombor Tentang Bayi

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Bosan-bosan duduk kat dalam office yang sejuk nie ditambah dengan hujan dekat luar, baik aku post satu entry untuk memelihara mood yang sedang sedih sebab aku baru jemur baju aku kat luar pagi tadi dengan harapan hari nie tak hujan...T.T

Entry kali nie bukan pasal apa sangat pun tentang bayi. Cuma aku nak beri fakta nombor yang menarik tentang baby Kakak aku yang baru lahir 1 September hari tue (kalau cepat sehari dah jadi anak merdeka dah tue). Fakta nie direka sendiri oleh dua mak dan ayah baru nie...(memang tak de keje dah laa tue).


Baby nie lahir pada 1 September 2012 (1/9/2012) sama dengan Nombor 1 iaitu dia adalah cucu sulung dalam keluarga Mohd Sa'ad dan keluarga Basar (family abang ipar aku)

Nombor 9 mewakili dia sebagai cicit ke-9 dalam keluarga.

Nombor 12 pada tahun 2012 merujuk kepada kakak aku sebagai cucu ke-12.

Akhir sekali gandingan 1/9 ataupun 19 merujuk kepada abang ipar aku sebagai cucu ke-19 dalam family dia.

Sekian fakta menarik tentang ahli baru dalam keluarga aku.




Sunday, August 26, 2012

Travelog Pulang ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt.

Mula-mula sekali aku nak bersyukur kepada Allah (sujud syukur) sebab menggerakkan aku & abang ipar aku keluar dari rumah (kampung aku) pada masa yang cantik dan sangat sesuai untuk orang yang nak travel jauh seperti aku. 

Kami keluar dari rumah tadi pukul 11.30 pagi lebih kurang. Drive dari Bagan Serai ke Highway Kamunting macam biasa kereta banyak tapi tak sesak, lancar dan terkawal. Masuk je highway, aku agak mungkin dah sesak dah jalan tapi rupanya jalan clear hari nie dari Kamunting sampai Changkat Jering. Aku berpecah dengan abang ipar aku masa nie, dia direct ke rumah Mak dia kat Putrajaya & aku masuk exit Changkat Jering sebab nak pergi Sabak Bernam lagi dekat kalau ikut jalan lama. Aku pergi Sabak Bernam hantar adik aku balik asrama.

Pakai jalan lama, jalan clear jugak walaupun ada jugak kawasan yang ada banyak kereta tapi jalan tak sesak teruk. Habis-habis beratur panjang sebab lampu isyarat. Biasanya kalau aku hantar adik aku, ada jugak dalam 3 jam setengah ke 4 jam perjalanan tapi hari nie aku sampai kat Masjid Sabak Bernam baru pukul 2.15 petang. Kami solat lepas tue pergi makan tengah hari. Dalam pukul 3 petang aku hantar adik aku pergi asrama. Lepas tue aku direct nak balik KL ikut LATAR. Nak ikut LATAR, aku kena pergi ke Kuala Selangor dulu. Ingatkan dekat rupanya jauh jugak Kuala Selangor. Kena lalu Sekinchan & Tanjung Karang dulu baru sampai kat Kuala Selangor.

Sebelum sampai kat Kuala Selangor aku jadi bengang dekat Tanjung Karang sebab trafik jadi sesak teruk. Ingatkan ramai ambik jalan lama nak balik, rupanya beratur panjang sebab lampu isyarat. Lama jugak aku beratur kat situ. Bila dah sampai kat hujung baru aku nampak polis trafik dengan motor besar dia datang nak kawal trafik. Dalam hati memang aku dah maki polis tue tadi, lambat sangat datang.

Kat Kuala Selangor pun masa aku masuk je simpang nak ke LATAR dah sesak teruk. Aku dah berkira-kira jugak nak patah balik. Tapi sebab aku tak biasa sangat dengan jalan lama aku terus je masuk simpang tue. Panjang jugak beratur tapi bukan sebab ramai nak masuk LATAR pun, rupanya beratur panjang sebab ramai orang nak masuk ke gerai Cendol Bakar kat tepi jalan. Kedai nie boleh tahan popular jugak, siap ada drive-thru lagi kat situ. Mujur masa aku pergi dulu tak ramai macam nie.

Lepas je dari kedai cendol tue lapang sikit jalan tapi tak lama sebab lepas tue start sangkut balik sebab ada kemalangan. Ada kereta langgar tiang elektrik tepi jalan. Aku bila tau ada kemalangan aku tak kisah sangat. Yang buat aku panas bila orang kerumun tempat tue. Tue yang jadi punca jalan sesak. Yang tak boleh blah, siap ada tukang jaga trafik. Nak je aku sepak muka dia laju-laju.

kalau trafik macam nie, sanggup lagi aku ambik MC tak pergi kerja esok  :p

Dah lepas semua tue jalan dah ok balik. Aku tak balik rumah terus, pergi Putrajaya dulu singgah rumah terbuka sepupu aku kat Presint 18. Nak pergi Putrajaya pun habis segala Lebuhraya aku masuk, LATAR ke Guthrie ke NKVE ke Elite, lepas tue baru masuk Putrajaya. Lepak rumah sepupu aku sampai Maghrib, solat kejap lepas tue aku balik rumah aku kat Wangsamaju. Nak balik macam senang sikit, aku keluar ikut Lebuhraya Sungai Besi lepas tue masuk MRR2. Kat MRR2 macam biasa kereta banyak tapi tak sangkut. Jalan ok je. Aku pun straight je sampai kat rumah aku. Sampai rumah dalam pukul 9.30 malam.

Kesimpulannya, semua jalan yang aku lalu hari nie tak sangkut mana-mana, semua lancar saja. Masa dalam perjalanan, bukak twitter tengok tweet InfoTrafik kata kat PLUS sesak dari Taiping ke Changkat Jering & lain-lain tempat ke arah selatan tapi abang ipar aku dah sampai Putrajaya dalam pukul 3 jugak tak silap aku. Maknanya dia pun direct je laa tak sangkut mana-mana. Pengajaran yang aku dapat pulak, sebelum memulakan perjalanan, baca doa naik kenderaan & doa dipermudahkan urusan. Insya-Allah segala urusan korang dipermudahkan.

nie apa yang aku dapat dari twitter pasal trafik kat lebuhraya


lagi pasal trafik