Tuesday, October 2, 2012

Pengalaman Barang Kena Curi

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Seminggu dua nie ada macam-macam benda yang berlaku. Kalau kat ofis memang dah 'hectic' sangat minggu lepas. Ingat kat ofis je, sekali kat rumah pun ada macam-macam jugak.

Nak jadi cerita, hari Jumaat lepas aku ngan member aku ada hal nak turun UTP untuk bantu handle program. Kami plan nak gerak dalam pukul 12 lebih kurang sebab sebelum tue ada hal lain yang penting jugak..hehe.

Sampai kat rumah dalam pukul 12 tue, aku pun masuk rumah, park kereta depan rumah jiran aku then siap-siap barang. Macam biasa barang aku tak banyak, cuma bawak pakaian dengan beberapa keperluan lain je. Barang semua dah pack kat bawah tinggal nak masuk dalam kereta je. Kebetulan pulak baju-baju aku dalam beg tue semuanya baju baru beli campur ada satu shawl aku beli harga RM70 baru-baru nie.

Aku start masuk barang dalam kereta aku, beg baju aku masuk dalam bonet lepas tue aku tutup balik sebab nak masuk rumah aku kunci sekali pintu kereta aku. Member aku pulak banyak barang dia, so dia bawak semua barang-barang dia letak kat bahagian seat belakang kereta. Beg laptop dia letak dalam bonet. Kebetulan ada sorang lagi member aku ada kat luar masa tue, dia nak keluar pi kedai. Member aku pun ingat dia lama kat situ sebelum gerak so dia pun masuk laa balik dalam rumah amik barang-barang lain.

Tak lama lepas tue aku pulak keluar tengok bonet tak tutup, lepas tue aku pergi kat kereta, tengok beg aku tak ada dah kat belakang. Ingat member aku letak kat depan. Aku tengok kat depan, tak ada jugak. Aku tanya member aku mana dia letak beg aku, dia dah kelam-kabut dah. Tengok-tengok memang sah barang kami kena curi. Beg baju aku dengan beg laptop member aku dah lesap masa tue. Jenuh cari laa sebab tak nampak sape yang amik. Member aku yang keluar pi kedai pun tak perasan ada orang lalu sebelum dia keluar.

gambar hiasan
Lepas tue ada dua orang mamat naik skuter pusing-pusing tengok kami. Aku ingat diorang dah yang curi, aku suruh member aku kejar, rupanya diorang nie pun ada orang bagitau kata ada nampak sorang mamat bawak motor Lagenda bawak lari dua beg. Sah, memang beg aku ngan member aku. So memang dah tak nampak harapan laa sebab konfem dah pencuri tue dah jauh lari. So apa lagi, pergi balai je laa buat report. Aku tak ikut sebab dah down dah masa tue. Masuk rumah balik ingat nak tidur je tapi terasa macam ada orang dah 'mark' rumah kitorang. Mungkin low security kot.

Lepas tue member aku call tanya dah siap barang ke belum. Aku pun dah tak semangat nak pi mana-mana dah masa tue. Tapi fikir balik aku dah janji nak turun. So turun je laa malam tue. Member aku balik dari balai dah dekat pukul 3 pagi. Katanya ada kes lain jugak masa tue, ada rumah kena pecah kat Jalan Genting Kelang, total loss RM30k.

Tapi sampai jugak laa kat kampus jumpa member-member kat sana. Mujur program yang aku handle nie cambest jugak. Terubat sikit hati, tak rasa sangat pasal kena curi tue. Aku tak down sebab baju hilang tapi down sebab kereta aku jadi mangsa..haha..tapi serious kesian kat member aku sebab abes laptop, hard disk, segala pen drive campur buku report intern dia lesap semua sekali. Kalau aku mau frust tahap gaban dah. Dia rilex je. Ujian gila rasa masa tue, macam kena bayar cash segala dosa aku buat...haha. Taubat-taubat.




www.tips-fb.com

No comments :