Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.
BUTTERWORTH - Semua 28 Restoran Nasi Kandar Pelita milik Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd di seluruh negara telah menerima sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak Jun lepas.
Pengerusinya Datuk Shamsuri Ahmad, berkata rangkaian restorannya mencipta sejarah apabila 28 restoran nasi kandar mereka menjadi yang pertama mendapat sijil berkenaan dan ia memberi keyakinan kepada pelanggan untuk menjamu selera.Beliau berkata lebih 200 bahan termasuk rempah ratus yang diguna restoran mereka turut mendapat sijil halal.
“Kami menjangkakan perniagaan akan meningkat kerana pelanggan lebih yakin berikutan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim diiktiraf dunia.
“Malah, saya yakin pelanggan juga akan lebih selesa untuk menjamu selera di restoran milik kami apabila melihat adanya sijil halal Jakim ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, di sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 1,000 orang kurang upaya, anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin menerima bantuan berupa barangan keperluan dan duit raya.
Shamsuri berkata, pihaknya memperuntukkan RM100,000 untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, K.K Sihabutheen, berkata pihaknya merancang untuk membuka sebuah restoran nasi kandar Pelita di Cyberjaya menjelang Januari depan.
“Selain di Cyberjaya, kami juga merancang untuk membuka sekurang-kurangnya dua restoran nasi kandar pada tahun hadapan iaitu di selatan dan Lembah Klang. Lokasinya masih di peringkat perbincangan,” katanya. - Bernama
sumber : Sinar
p/s:- Erk, restoran nasi kandar pertama? Biar betik? Dah tue restoran nasi kandar lain kat Malaysia nie takkan tak ada pengiktirafan halal kot? Muntah darah aku macam nie.
No comments :
Post a Comment