Friday, September 7, 2012

Ini Yang Kita Kata Awesome

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Sehari dua nie kalau kat facebook dalam news feed aku asyik keluar isu budak buat perangai tak senonoh kat gambar PM kita DS Najib. Isu pasal macam mana budak nie buat perangai macam tue kena tahan dengan polis tapi perangai buruk bapak-bapak yang buat tarian hebat di depan rumah Ambiga yang juga penganjur himpunan legenda Malaysia iaitu Bersih tak dikenakan tindakan malah diberi pujian.

Bagi aku, benda yang tak patut dibuat tak perlu buat. Sila rasionalkan fikiran sebelum buat sesuatu, jangan semberono saja. Sebab kalau dah terlajak perbuatan, tak boleh diundur, akibat tue kena terima saja seadanya. Aku tengok budak tue dilabel sebagai tak bersikap patriotik, pengkhianat negara dan sebagainya. Macam-macam label negatif yang diberi. Agaknya dia akan berubah atau akan lebih hebat gaya yang dia akan buat pada masa akan datang dengan tindakan yang dia hadapi sekarang? Fikir-fikirkan...

Kadang-kadang bila orang buat onar, merosakkan harta benda, memalukan orang dan sebagainya, kita akan rasa diorang nie memang sampah masyarakat, tak berguna, segala kata caci-maki keluar semata-mata untuk diorang. Tapi apa yang kita buat untuk menjadikan keadaan lebih baik? Rasanya kita lebih banyak buat dosa dari buat pahala sebab kita asyik cakap banyak tapi tak ada sebarang tindakan.

Gambar nie aku jumpa kat Facebook, apa pengajaran yang korang dapat?

Lontaran kasih sayang yang diberi itu lebih baik dari lontaran kebencian
Gambar nie menunjukkan satu karya seni yang terkenal di Pulau Pinang. Karya seni tue dah dikotorkan oleh tangan-tangan tak bertanggungjawab dan menimbulkan kemarahan banyak pihak. Kalau dalam facebook tayang gambar orang yang buat tue, mesti dah beratus or beribu komen maki dia.

Tapi pelajar-pelajar nie daripada menyuarakan kebencian (aura negatif) diorang bertindak membaiki semula kawasan yang dikotorkan itu. Tiada cacian, tiada makian tapi masalah yang timbul selesai. Kita marah orang sana-sini tapi masalah tak selesai, semua pandai cakap saja. Aku sangat respect kat budak-budak nie yang tolong bersihkan balik kotoran tue. Ini cara menyelesaikan masalah yang terbaik bagi aku. Orang pun reda kemarahan. Api dibalas air, api padam tapi kalau api dibalas api, makin marak apinya.

Diorang nie orang biasa saja, bukan polis dan bukan menteri...jadi anda-anda yang dalam posisi tersebut, rasionalkanlah pemikiran anda. Sila berlaku adil, setiap yang berlaku itu mesti ada sebab-sebabnya.




www.tips-fb.com

3 comments :

zoulyahya said...

owsem!

Unknown said...

haha...memang owsem...

salsabil ismail said...

Setuju sangat dengan pandangan ko... Nway pru 13 is around the corner... Modal buat issue je Sumer ni.