Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Korang ingat lagi entry aku sebelum nie berkenaan adik Amyra? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, bukak je facebook mak dia dengan nama Erna Fantasia. Korang boleh update keadaan adik Amyra kat situ. Kali nie aku nak kongsikan pulak satu lagi anak kecil yang diberi ujian Allah. Moga Allah merahmati anak kecil ini dan ibu bapanya. Adik ini telah diuji dengan kerosakan pada saraf otak ataupun dalam istilah perubatannya Brain Damage Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy). Aku pun tak tahu macam mana sebenarnya penyakit nie tapi nak ceritanya penyakit nie dah menyebabkan saraf otak adik Adam tak berfungsi.
wajah ini yang menderita tapi masih lagi terukir senyumannya. |
Adam lahir secara vacuum pada 4 Mac 2012 dan sewaktu kelahirannya, Adam terus keluar alam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI pada 9 Mac 2012 menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung pada mesin suction kerana tak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan Adam mengalami injured, begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tak dapat mendengar kerana kersoakan pada bahagian dalam telinganya.
Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.
-dipetik dari page facebook Ahmad ADAM Syukri-Ya Allah, Kau ringankanlah bebanan yang ditanggung anak kecil ini, rahmatilah dia dan ibu bapanya dengan rahmat-Mu ya Allah...amin
Sayu hati tengok adik nie.
keadaan terkini adik Adam...sayu melihatnya. |
1 comment :
MashaAllah kesiannya :(
Semoga diringankan juga beban menanggung Adam..
Byk pahalanya InshaAllah
Post a Comment