Saturday, September 8, 2012

Mahkamah kekal perintah ke atas Noor Afizal

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Noor Afizal Azizan


PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.
Beliau berkata, Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes tersebut.
"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Istana Keadilan di sini semalam.
Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.
-Kosmo-

Sekarang nie orang banyak jadikan isu kes nie kenapa orang yang dikatakan merogol anak orang dibebaskan dengan syarat berkelakuan baik tapi orang yang buat kesalahan yang lebih kecil daripada itu diberi hukuman yang lebih berat. Hanya kerana dia ada kedudukan, mampu memberi keuntungan kepada negara, mengapa perlu dilayan begitu sedangkan manusia nie semuanya sama saja.

Pening sungguh dengan dunia sekarang nie. Takut kalau Allah turun bala kat negara kita sebab melepaskan orang bersalah dan menangkap orang yang baik, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Untuk si pesalah yang dah diringankan hukumannya, harap dapat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Allah jadikan apa yang berlaku nie untuk kau ambik peluang untuk berubah. Kalau kau tak berubah & kekal dengan perangai lama. Aku tak tau nak kata apa dah.




www.tips-fb.com

Friday, September 7, 2012

Suami Belasah Isteri Hamil 2 Bulan Tampil Beri Penjelasan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Video ini telah mengundang berbagai reaksi dari penonton YouTube.
IPOH - Selepas pelbagai spekulasi dikaitkan dengan penyebaran kes pukul membabitkan Amanda Fong Kim Yen, 19, di laman sesawang Youtube, akhirnya suami kepada wanita itu, Calven Chik Foo Keong, 26, tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut di sebuah portal berita Rabu lalu.

Foo Keong berkata, sudah lama dia melihat perubahan isterinya sehingga menyebabkan dia hilang kawalan dan memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran mulut dengan wanita berkenaan.

Katanya, akibat penyebaran video itu sejak tiga hari lalu , puluhan ribu pengguna internet mencemuh dan memarahi tindakannya.

"Sebenarnya, saya menyesal kerana memukul dia (Kim Yen) sehingga cedera dan menyedari ia adalah satu kesilapan yang tidak patut berlaku," katanya yang dipetik portal berita berkenaan.

Dia juga mengambil pendekatan untuk bercerita panjang kerana tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung kes pergaduhan mereka berdua.

Dia tampil memberitahu cerita di pihaknya supaya orang ramai tidak mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja.

Katanya, masalah mula timbul apabila isterinya mampu membelanjakan wang yang banyak dan membeli segala barangan berjenama memandangkan dia berasal dari keluarga sederhana.

"Disebabkan terlalu banyak perkara dirahsiakan daripada pengetahuan saya, menyebabkan hubungan kami semakin tidak sehaluan," katanya.

sidang media dengan peguam
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan lelaki berkenaan terhadap setiap kenyataan yang disiarkan dalam artikel di protal berita itu.

Sebelum ini, akhbar memaparkan kisah penyebaran klip video Kim Yen dibelasah Foo Keong sekitar 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian yang diusahakan pasangan itu.

Mangsa kemudian memuat turun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu menerusi Youtube sehingga menarik perhatian lebih 500,000 pelayar internet.

Klip yang bertajuk ‘Suami Belasah Isteri’ menunjukkan bagaimana mangsa yang mengandung dua bulan ditumbuk, disepak, ditampar dan dicekik suaminya.

Kejadian dilapor berlaku sekitar 4.30 petang, 23 Ogos lalu di sebuah butik menjual aksesori dan pakaian diusahakan oleh pasangan terbabit di Ipoh Garden South, dekat sini.
-Sinar-

Kalau dah macam nie punya keruh hubungannya, bercerai sajalah. Isteri hamil dua bulan pun sanggup pukul lepas tue menyesal. Lepas nie apa pula? Bunuh? Tak mustahil tue. Alahai dunia akhir zaman.