Baru-baru ini, aku bagi pengisian kepada pelajar sekolah tahfiz. Kebanyakannya ialah pemimpin pelajar. dalam pengisian itu aku bertanya kepada mereka apakah cita-cita mereka. Jawab mereka:
"Nak jadi pejuang islam"
"Nak berperang dan syahid atas nama Allah"
"Nak mati syahid"
Banyak lagi jawapan seumpama jawapan di atas. Lalu aku tanya pada mereka, "Siapa yang mahu jadi 'engineer'?" Tak ada yang angkat tangan.
Tanya pula "Siapa yang mahu jadi doktor?" Pun tiada yang angkat tangan.
Bila ditanya "Siapa yang nak berperang dan syahid di jalan Allah?" Semua angkat tangan.
Kagum dengan semangat mereka.
Lalu aku tanya pula "Kalau dah semua nak keluar perang dan nak mati syahid, siapa pula yang nak jaga urusan agama?" Terus masing-masing berpandangan antara satu sama lain.
Maka aku simpulkan pada mereka, kita semua nak berjuang di jalan Allah dan semua orang mengejar ganjaran syahid di jalan Allah. Namun setiap daripada kita ada tugas dan peranan masing-masing. Sebagai golongan yang menuntut ilmu, manfaatkanlah urusan kita sebagai pelajar dengan menguasai bidang yang kita ceburi kerana kelak kita akan menggunakan bidang tersebut untuk membantu dan menguatkan umat Islam. Selepas itu aku terus menyuruh mereka sungguh-sungguh menuntut ilmu dalam bidang mereka dan gunakan ilmu tersebut untuk membantu umat Islam. Untuk aku turunkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka, aku gelarkan mereka sebagai "benteng terakhir umat Islam". Inilah mereka yang akan mewarisi perjuangan orang-orang terdahulu. Semoga adik-adik itu bakal menjadi orang yang hebat dalam bidang masing-masing di masa hadapan.
p/s: Dah setahun lebih (hampir dua tahun) tak update blog nie.
p/s: Dah setahun lebih (hampir dua tahun) tak update blog nie.